Saturday, May 7, 2011

Buah hati saya

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh pelusuk dunia terutamanya ibu saya yang terchenta, Puan Khoizah Binti Ayoob Suha ataupun lebih dikenali sebagai Cikgu Khoizah oleh anak-anak murid beliau. Hehe.

Jeles pulak aku tengok semua blog menulis pasal mak masing-masing, aku pun nak jugak! Oke, inilah masanya. Korang ingat korang je hado?

Kalau nak suruh aku cerita pasal pengorbanan mak aku, memang sampai tahun depan pun tak habis, sebab pengorbanan mak aku terlalu banyak dan besar. Tuhan je yang tahu. Aku pun tak mampu nak balas. :'(

Oke oke taknak sedih-sedih la hari ibu ni. Kebanyakkan orang bila nak tulis pasal ibu mesti nak sedih-sedih. Ish, tak boleh macam tu. Kita kena enjoy! (Buat gaya ala-ala Nora Danish sikit). Aku rasa bertuah sangat sebab dikurniakan emak yang sangat sporting. Serius. Walaupun kadang-kadang mak aku ni garang sikit, tapi aku tetap sayang dia. Marah tanda sayang. Itu pun tak tahu lagi ke? Baru kena marah sikit, merajuk. Lari ikut jantan Lombok tu buat apa?

For me, she's my everything. Bukan setakat emak, tapi dia jugak merupakan Best friend forever aku. Tempat aku mengadu, tempat aku bergelak-ketawa, tempat aku bergosip. Mungkin ramai yang tak tahu, aku dengan mak aku begitu banyak persamaan, kitorang berkongsi minat yang sama, suka shopping, suka menyanyi, suka menari, suka fesyen, suka hiburan, suka gossip. Penting tu tau.

Kalau mak aku nak shopping baju, orang pertama yang akan dia mintak pendapat ialah aku. Kalau aku cakap tak cantik, dia tak beli. Kalau aku cakap cantik, dia tanpa ragu-ragu akan terus ke kaunter dan bayar dengan penuh bergaya. Yeayyy!


Omaigod! Rindu kat mak! Makkkkkkk!! hujung bulan ni angah (nama panggilan aku di rumah) dah start cuti sem! Jum kita shopping! Hehe.



Last but not least, I LOVE YOU SO MUCH! Selamat Hari Ibu, mak!!

Ingat nak letak lagu pasal ibu kat entry ni, search punya search kat youtube, takde satu pun lagu ibu yang cheerful gitu. Semua lagu nak leleh-leleh je pasaipa? Hmmm...

Oke, oke, untuk tidak menghampakan diri sendiri, aku letak video MatLutfi (tahun lepas punya hari Ibu), sebab video ni kelakar!



:)

5 comments:

Eyka said...

selamat hari ibu jugk asri..*tetibe..haha*

eyka suke gak video 2 nice :)

Sandra Azwan said...

selamat hari ibu..sedih!;-(

Aku said...

like matlutfi..=)

Nur Afiqah Yusoff said...

seribu kali like video tu :)

Addin said...

happy mother day :)