Wednesday, May 25, 2011

Perbezaan cara ibu-bapa mendidik anak-anak.

Korang pernah tak bersembang dengan mak bapak korang pasal pengalaman diorang masa diorang kecik-kecik dahulu? Aku nak kongsikan sikit tentang perbezaan cara ibu bapa zaman dahulu dan sekarang.

Memang sangat jelas dan ketara perbezaan cara ibu bapa mendidik anak-anak diorang zaman dahulu dan sekarang. Mak bapak zaman dahulu sangat garang. Tapi, garang diorang bertempat lah jugak.

Tapi, kalau buat salah sikit, tengoklah, segala barang-barang yang ada kat dalam rumah tu memang akan melayang kat muka anak diorang. Lagi-lagi kalau anak-anak diorang kena panggil dengan cikgu sebab markah teruk ataupun terlibat dengan kes buli kat sekolah. Siap la kau balik rumah nanti.

Kalau ayah atau mak diorang pulak dari golongan kenamaan, jangan lah cuba buat perkara jahat. Memang cepat je berita sampai. Walaupun duduk kat area kampung, gosip pasal anak diorang lebih cepat kelajuan dia daripada kelajuan internet yang ada sekarang ni. Belum sempat nak jejak kaki masuk rumah, mak bapak diorang dah tunggu dengan pinggan mangkuk kat depan pintu.

Tak sempat nak bagi salam, terus kena baling je pinggan mangkuk tu. Itu dia, cara mak bapak zaman dahulu mengajar anak diorang. Bukannya kejam. Tapi, itu pengajaran yang memang patut dilakukan oleh mak bapak kepada nak-anak.

Tapi, zaman sekarang ni mak bapak terlalu manjakan anak-anak diorang. Walaupun dah dapat confirmation, dah siap tunjuk bukti segala bagai yang anak diorang bersalah sekalipun, mak bapak tetap nak defend anak diorang tu.

"Eh, anak I baik okay, keturunan I semuanya baik-baik. Pantang I kalau ada orang tuduh anak I macam-macam. Anak I tak akan buat kerja-kerja bodoh macam tu. Family I semuanya educated person"

Tu dia, siap kaitkan sekali dengan keturunan diorang tu baik-baik. Orang dulu memang lah baik-baik, tengok lah diorang ajar anak diorang macam mana. Tak main lah dengan mulut je, pantang salah sikit je dah kena libas dengan batang kayu jati tu.

Okay, itu takpe lagi, malah ada yang lebih teruk lagi siap nak saman-menyaman pihak sekolah dan sebagainya. Sikit-sikit nak saman. Kalau sampai macam tu sekali perangan mak bapak zaman sekarang, sampai bila anak-anak diorang nak berubah.

"Mak I pun tak pernah pukul I, I HATE YOU!"

Macam tu lah jadinya, sikit-sikit nak merajuk, manja sangat. Tengoklah apa dah jadi dengan budak-budak sekarang. Kes rogol, buang bayi, gejala rempit, semua ni adalah sebab mak bapak tak peduli anak diorang, manjakan sangat anak diorang dan terlalu defend anak diorang. Bukannya semua mak bapak macam tu. Tapi, segelintir sahaja.

Ada jugak mak bapak yang masih mengajar anak diorang dengan cara yang lama, tapi berapa kerat je yang buat macam tu? Yang terlalu manjakan anak ni pulak berapa ramai? Fikir-fikirkanlah

3 comments:

Unknown said...

ikut mak ayahlah.merka yang corakkan kehidupan anak mereka.

Askrie Hishamuddin said...

mmg la.. tapi mak ayah zaman sekarang terlalu manjakan anak diorang la :) sangat manjakan

puan kenanga said...

Perlu ada ketegasan dalam mendidik anak2.Sebagai ibu dan surirumah untuk anak2 yang bersekolah rendah saya masih mempraktikkan cara didikan ibubapa zaman dahulu.Lebih berkesan..