Aku rasa seronok sangat apabila ramai member aku mula berjinak-jinak dengan dunia blogging. Yang paling membuatkan aku rasa sangat terharu apabila diorang menjadikan blog aku sebagai bahan rujukan walaupun aku masih baru dalam dunia blogging ini (tak sampai setahun lagi).
Nasihat aku kepada member-member aku yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia blog ini, semoga korang jadikan blog sebagai salah satu hobi mengisi masa lapang dan sentiasa menulis perkara yang bermanfaat untuk dikongsikan kepada para pembaca. Jangan jadikan blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan benci, mengutuk orang serta menyebarkan fitnah. Biar blog kita tak popular asalkan niat berblog kita betul dan ikhlas.
Ini adalah antara blog-blog member aku yang baru berjinak dalam dunia blogging ini.
Kalau korang berminat untuk mengumpul koleksi contact lens ataupun berminat dengan contact lens yang berwarna-warni, korang boleh membaca blog member aku ni. Ada macam-macam jenis contact lens yang dijual dan ada jugak tips-tips memakai contact lens dan sebagainya. Beliau merupakan classmates aku semasa semester 1 dan 2.
Blog beliau menulis tentang peribadi. Merupakan ahli mentor-mentee aku. Merangkap assistant aku di dalam kelas. Beliau start berblogging pada bulan Mac yang lalu.
Nama panggilan dalam kelass ialah Kak Lin. Merupakan rakan baik kepada Nabihah Adibah. Juga merupakan classmates aku pada semester ini. Baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia blogging awal May yang lalu.
Kalau korang merupakan kaki pancing, korang boleh follow blog member aku ini. Safwan Subri merupakan rakan kolej aku, sama batch dengan aku. Pernah menjadi roommate dengan beliau semasa semester dua. Baru sahaja dalam menulis blog. Setakat ini baru menulis sebanyak dua entry.
Good luck guys!
No comments:
Post a Comment