Saturday, May 14, 2011

Review Filem Kongsi


Assalamualaikum pembaca sekalian. Baiklah, semalam aku baru sahaja tengok filem Kongsi arahan Farid Kamil. Sebelum itu, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih sangat-sangat kepada Anis Tasnim sebab belanja tiket wayang!!! Terharu sangat-sangat. Dah lah semalam aku tinggal sorang-sorang je kat rumah. Mujur Anis Tasnim serta boyfriend nya sudi membantu menceriakan malam-malamku. Hamboi, bahasa bunga habis.



Okay, nak review sikit pasal filem Kongsi ni. Bagi aku, filem Kongsi ni biasa-biasa je. Filem ini berkisarkan tentang geng-geng Kongsi gelap kat Malaysia. Cuma, yang specialnya filem ini sebab ada menerapkan unsur 1 Malaysia. Dah, malas nak cerita pasal 1 Malaysia.

Korang patut menonton filem ini sebab filem ini aku rasa merupakan filem pertama Yana yang ada scene tumbuk-menumbuk. Perghh, mantap la scene tumbuk-menumbuk tu. Rasa macam nak join je. Aksi drift antara Shahiziey Sam dengan polis pun mantap jugak. Bagi sesiapa yang minat dengan filem aksi, filem ini merupakan filem yang sesuai untuk ditonton kerana memang sarat dengan aksi.

Boleh dikatakan dari awal hingga akhir filem ni ada je aksi tumbuk-menumbuk.
Oh ya, penampilan Farid Kamil dalam filem ini pun kelakar walaupun Farid Kamil muncul sekejap je dalam filem ini. Lakonan Fizo pun mantap jugak. Adegan yang paling aku suka ialah sewaktu scene Fizo dan Shahiziey Sam bergaduh.

Tapi kan, banyak sangat flashback dalam filem ini. Part paling aku tak puas hati ialah part ending filem ini. OMGGGG, macam tu je ending dia? Rasa macam nak baling je popcorn kat skrin wayang.

But, overall filem ni kelakar. Best la jugak. Aku kasi rating 3/5 bintang



10 comments:

Unknown said...

bertambah-tambah rezeki shaheizy sam sejak menang ABPBH ari tuh.best ni cerita banyak action.huhu

Askrie Hishamuddin said...

betul tu rozuan :)

azzey said...

tunggu kuar kat ASTRO FIRST....:)

dotdotsekian said...

sokong! ending dia macham hampeh.. igtkn mati ke hape ke. tahan la sikit. nsb bek popcorn da habes. kalau tak.. haha

Askrie Hishamuddin said...

tak yah tunggu astro first, download je. hehe

tau takpe. sedih betul ending die. hampeh

alynn M said...

nak tengok, tapi ramai cakap tak best.
oohh btw, bw here! :)

Razil Tahir said...

Ya.. i agree.. best.. lawak... action de cool...

tp saye ade a few things yang saye xpaham...

singgah la.. n drop ur opinion.. key?
http://assignmentcscrazil.blogspot.com/2011/05/hang-out-tengok-kongsi.html

Lee Yna said...

download kat mana??!! nak download..leh kasi link? try cari xjumpa..maybe lum kuar..

Askrie Hishamuddin said...

tapi filem kongsi belum keluar la. sbb filem melayu selalunya lambat sikit. ala, banyak la syok.org, aku muzik hampa, banyak kot

Unknown said...

askrie ditag

http://kringg.blogspot.com/2011/05/bloglist-itik-kuning.html