Tuesday, June 21, 2011

Apabila laptop mula menjerit!!!


Kebelakangan ini, laptop aku selalu sangat buat hal. Asal aku tengah syok online je mesti nak menjerit. Tension dibuatnya.


Dah lama dah aku berhajat nak format laptop ni sebenarnya tapi memandangkan duit pun tengah takde sekarang ni, (Maklumlah cuti semester duduk rumah je goyang kaki, makan, online, tidur je memang duit pun tak melekat lah kan.) jadi, terpaksalah batalkan dulu hajat aku yang suci murni itu.


Cuti pun sebulan je, nak kerja macam membazir masa pulak. Baik aku gunakan masa cuti sebulan yang diberikan ni dengan hanya duduk diam-diam kat rumah, bergaul mesra dengan family aku, boleh jugak merapatkan hubungan sillaturrahim. Sebab bukan senang nak berkumpul satu family ramai-ramai, 6 bulan sekali baru dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.


Tak pe lah, bukak je sem baru nanti aku hantar laptop aku pergi format kat kedai. Buat masa sekarang ni biarlah laptop aku menjerit-jerit sambil mengeluarkan warning



Lagi pun bukannya ada assignment nak kena buat waktu cuti semester ni kan. Biarlah laptop aku ternak dulu virus-virus kat dalam laptop ni. Bukak je semester baru nanti baru boleh say GOODBYE VIRUS!!! dengan penuh rasa bangganya.

6 comments:

hasrul hassan said...

Salam... erkk ... format belum tentu dapat clean ... :) format buat sendiri je .. murah dan senang. :)

Askrie Hishamuddin said...

hasrul hassan, erkk, ye ke? tak pandai lah nak format sendiri

тαк кenαl мαкα тαк cнεηтα ™ said...

saama la kita.

@hasrul : cm na nak format sndri ?

Askrie Hishamuddin said...

tak kenal maka tak cinta, haha.. ye ke? emmm, apalah nasib kita ni kan. :P

!! Kodet !! said...

backup semua file lpas tu format ah

Askrie Hishamuddin said...

format RM40 la, mahal, mana nak cekau duit bro :(