Friday, June 3, 2011

Cara mudah untuk popular dengan sekelip mata!


Assalamualaikum, tak jawab dosa, mati seksa, masuk api neraka, hikhik. Tak habis-habis lah dengan kau punya trademark tu kan.


Malaysia ni kecik je. Tak besar mana pun. Kalau kau buat silap sikit je, cerita pasal kau akan heboh satu Malaysia. Jangan main gila. Sekarang ni zaman IT, kalau dulu sebelum IT berkembang cerita pasal korang paling kuat pun akan sampai ke telinga ketua kampung dengan penghulu je.

Sekarang ni dah lain, kadang-kadang tak sampai 5 minit cerita kau dah tersebar satu Malaysia tahu pasal kau lagi-lagi sekarang ni semuanya dihujung jari. Nanti kat akhirat nanti jari kau lah paling banyak kena soal. Dah hari-hari kau asyik ketuk ketak je papan keyboard tu. Mencarut pakai jari, fitnah pakai jari, gosip pakai jari, pendek kata guna jari pun boleh.


Sorry, dah banyak melalut. Back to the main point yang sepatutnya aku tulis untuk entri kali ini. Kalau kita tengok sekarang ni semua orang pakat nak kejar populariti. Contoh yang paling senang kita tengok je la kat tv tu, masing-masing beratur audition Akademi Fantasia, Mentor, Raja Lawak, Tom tom bak dan sebagainya. Semua tu nak kejar populariti je la. Sebenarnya bukannya nak jadi artis sangat pun. Nak kejar glamour je lebih.

Sekarang ni korang tak payah susah-susah beratur panjang-panjang pergi audition Akademi Fantasia ke Mentor ke Raja Lawak ke, macam sia-sia je korang beratur lama panjang-panjang tapi tak dapat masuk rancangan 'hebat' tu. Lebih baik korang duduk je kat rumah.

Korang ingat duduk kat rumah je tak boleh popular dengan sekelip mata ke? Dah ramai orang buktikan dengan hanya ketuk ketak papan keyboard je diorang boleh popular dengan hanya sekelip mata.

Macam Cikgu Syida, tak pernah pun orang tahu pasal dia sebelum ni, tapi tiba-tiba je nama dia meletop gara-gara video lip sync dia tu. Anwar Hadi pulak berjaya menempa nama dalam dunia vlog gara-gara video Ewwww yang hangat diperkatakan oleh orang ramai.

Tapi kalau korang tak ada bakat untuk buat video lip sync serta vlog, korang boleh je guna alternatif lain melalui blog pulak. Senang je, macam baru-baru ini seorang perempuan (aku masih berhati perut kerana gelar beliau sebagai perempuan) yang baru berusia 14 tahun mengaku dah tak ada dara. Terus meletup! Siap jadi trend kat twitter.

Kalau sebelum ni dah ada mamat buat video pengakuan "I'm Gay, I'm Okay", korang try la pulak buat "Saya mengaku saya juga pernah diliwat" kan. Mana tahu tiba-tiba nama korang boleh jadi popular sebaris dengan Saiful (bukan nama sebenar) kan. Kalau nak lagi best kau tulis la pasal pengalaman kau buat seks ke lepas tu selitkan sekali video 18sx kau tu. Nak sangat popular kan. Aku dah siap bagi cadangan dah, tinggal kau je nak buat ke tak publisiti murahan tu. Ingat, kalau kita popular dengan cara mudah, kita juga akan jatuh dengan begitu mudah. Jadi, jangan sesekali menjatuhkan maruah diri semata-mata untuk mengejar populariti.

p/s: Tak payah la sibuk-sibuk nak kejar glamour kat dunia ni. Kalau kau hot sekalipun kat dunia ni, ingat, api neraka tu lagi HOT dari kau. Assalamualaikum.

11 comments:

peNulis SeNjA said...

nak popular tu ce ne kanda ek

Askrie Hishamuddin said...

aik, takkan tak tahu kot popular tu macam mana? parah ni. hahhaa

Mek Onie said...

hurmmmm,popular tak kena tempat la kalau buat benda tak ikhlas,buat benda orang tak kenan...so papepon....membuat sesuatu tu biar ikhlas bukan kerana GLAMOUR..

Askrie Hishamuddin said...

betul tu. tapi, kebanyakkan orang sekarang ni suka sangat glamour secara EXPRESS. haish, macam-macam

Cik Tim said...

haha..terbaek! aduyai..hurm..budak2 skrg buat benda tak fikir. huhu

Cik Tim said...

haha..terbaek! aduyai..hurm..budak2 skrg buat benda tak fikir. huhu

acai5097@gmail.com said...

popular ada baik dan ada buruk,.hehe

Cek's Zaitun Othman said...

biarlah kat dia..tapi alhamdullillah la family dia dapt terima anak macam tu lagi..kalau tak tak tau la camna nak jadi.....kita semua dah bagi pendapat..budak-budak masih tak tahu dunia yang sebenar macam mana..dia ingat melalui blog..takkan kemana..tapi dengan jari dah tersebar semua..lastly, berfikir dulu sebelum bertindak..sebab dan akibat sesuatu perbuatan tu..

blackroses said...

nak popular dengan menjatuhkan nama sendiri pun tak patut ahh

Unknown said...

boleh juga nak popular dengan aibkan orang lain.cara cepat tapi dosa tanggun sendiri

Unknown said...

Kalau mencari glamour yang tak bermaruah buat apa...mudah mudahan kita Dan ahli keluarga kita semua dijauhi daripada perkara perkara yang boleh mengaibkan...Amin!