Monday, June 20, 2011

Projek Ikan Pekasam!

Pejam celik pejam celik, dah nak habis dah cuti semester aku. Semester depan merupakan semester akhir aku di Kolej. Dan semester depan pulak ada subjek SP0 (Sales Planning & Operation). Untuk subjek ini kitorang dikehendaki untuk menjual apa-apa sahaja produk dan memperoleh keuntungan sebanyak RM 3000 dalam masa dua bulan.

Aku dah puas fikir nak jual apa untuk projek semester depan. Nak jual kain lah, nak jual baju lah, nak jual seluar lah, nak jual handphone lah, tapi tak jumpa pun supplier yang murah-murah. At last, aku fikir nak jual ikan pekasam. Tapi, masalahnya ialah ikan pekasam murah. Mampu ke nak achieve profit RM 3000 ni? Aku pun tak berapa pasti. Tapi, kalau belum cuba belum tahu kan?

Baiklah, sekiranya korang berada di area Sri Iskandar, kalau nak tempah ikan pekasam kat aku boleh contact aku di facebook. Like je facebook fan page aku di bawah ini.

http://www.facebook.com/home.php#!/pages/Askrie-Hishamuddin/172016612836040

Buat masa ini aku tak terfikir lagi nak buat delivery. Kalau ada banyak permintaan datang dari area luar Seri Iskandar yang memerlukan aku untuk menghantar ikan pekasam secara delivery, aku akan bagitahu nanti di sini.

2 comments:

CikHaniBhulat said...

ikan pekasam...delicious...bulan2 puasa sodap gak tu =] bagus2..kretip...moga berjaya ye =]

Askrie Hishamuddin said...

Hani.. Wajib beli okayyyy