Friday, June 17, 2011

(TAZKIRAH MINGGU INI) Tujuh Golongan Yang Dilindungi Allah s.w.t


Hadis sahih Bukhari,daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi Muhamad s.a.w, baginda bersabda: Tujuh golongan dilindungi Allah s.w.t di bawah lindungan-Nya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya:


1. Imam(pemimpin) yang adil.

2. Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah s.w.t.


3. Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis air matanya.


4. Orang yang hatinya tergantung pada masjid.

5. Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata.


6. Lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat yang cantik, tetapi dia mengatakan "Aku takutkan Allah"


7. Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.




Rujukan: [Shahih Bukhari (Terj), 1997, Klang Book Centre, Klang , hadis no.1815, m/s 98(iv)]

No comments: