Tuesday, July 12, 2011

Askrie Pekasam!


Semester ini adalah merupakan semester terakhir aku di Kolej. Diam tak diam sudah hampir tiga tahun aku belajar di kolej ini dan menetap di Sri Iskandar. Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru semalam daftar semester satu, pejam celik pejam celik rupanya dah semester tujuh (HND 4).


Pada semester ini jugak, terdapat satu subjek (Sales Planning and Operation (SPO)) dimana kami perlu menjual produk dan mesti achieve keuntungan sebanyak RM 3000. Mungkin dah ramai yang tahu, atau mungkin masih ada ramai lagi yang belum tahu, aku akan menjual produk ikan pekasam.

Ada yang terkejut, ada yang ketawa, ada yang ingat aku main-main bila aku bagitahu yang aku akan menjual ikan pekasam. Bayangkan, tak pernah dibuat orang lagi jual ikan pekasam. Tapi, memandangkan kawan-kawan aku yang lain masing-masing menjual baju, kain, shawl, telekung, jam tangan, contact lens, cookies dan lain-lain, takkan lah aku pun nak jual benda yang sama kan?

Lepas ni lekatlah nama aku Askrie Pekasam. Ha ha ha! Jangan tanya kenapa.

3 comments:

Eyka said...

bhahahaha...askrie pekasam! haha:P
#sweett nyee namee! haha;D

syerz eyryn said...

haha. .
plik jewp name 2 .

Atiqah Sa'ahiry said...

nama memang pelik,,senang orang asyik cakap , pas cakap selalu ,ingatlah...hahahaa

all the best..ek...

bolehnya..semoga dipermudahkan urusan..

kita mesti mencuba sesuatu yg baru sehhh....kannn

kalau x,,berada di tempat lama je..