Tuesday, July 12, 2011

Nasi bujang


Duit duit dimana kau duit! Ayat tu lah yang asyik ulang-ulang bermain-main kat fikiran aku sekarang ni. Susah betul la nak cari duit sekarang ni. Tambah-tambah aku sekarang ni masih study. Duit pun masih mintak kat mak ayah lagi. Bayangkan, semalam ayah aku baru bank-in duit, tak sampai pun sehari, duit dah habis. Homaigod!


Tapi, memandangkan semester ini merupakan semester terakhir aku, apa salahnya aku korbankan sikit duit aku ke arah jalan yang lurus yakni duit aku hanya dihabiskan untuk membeli notes dari lecturer, bayar duit buku itu dan ini, dan banyak lagi.

Nak tunggu duit dari nuffnang pun lambat lagi nak dapat. Kena tunggu lagi sebulan baru boleh dapat cheque. Sekarang ni kena fokus kat projek ikan pekasam dulu.

Dan buat masa sekarang sementara tunggu dapat elaun MARA, duit pama (papa & mama), dan jugak cheque nuffnang terpaksa lah aku low demand sekejap. Makan nasi bujang hari-hari. Sebab itu je la yang aku mampu buat masa sekarang ni. sob2. Sedih kan?

4 comments:

Eyka said...

same la mcm eyka..=.="

Askrie Hishamuddin said...

sedih kan? :'(

Atiqah Sa'ahiry said...

sedihh, nasi ekonomi sememangnya best...hahaha..+ sambal belacan..

Askrie Hishamuddin said...

tau xpe! :) hehe