Wednesday, July 13, 2011

Cara-cara memasak ikan pekasam.


Terliur bukan tengok ikan pekasam yang sudah siap digoreng kat atas ni? Ha ha ha.. Apa lagi! Aku jual ikan pekasam, satu packet (2 ekor) RM4.00 sahaja. Murah kot!

Entri kali ni aku nak ajar korang macam mana nak goreng ikan pekasam ni. Kalau korang nak tahu, ikan pekasam ni paling simple sekali nak goreng. Semudah A,B,C. Macam masak telor goreng je. Senang sangat.

BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan pekasam
1 bji bawang besar
3 biji cili kering

CARA MEMASAK :
1. Potong bawang besar dan cili kering.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan pekasam dahulu sampai masak dan angkat ikan pekasam ni.
3. Buang sedikit minyak ikan ini dan terus masukkan bawang besar dan cili kering , goreng sampai bawang menjadi layu .
4. Angkat bawang dan cili serta terus taburkan ke atas ikan pekasam yang sudah di goreng terdahulu tadi.
5. Sedia untuk hidangkan


Nota penting: JANGAN BASUH ikan pekasam.

Kan dah cakap, senang je nak masak ikan pekasam ni!

6 comments:

Biha said...

wei, nampak sedap la! simple but look yummy..murah nye 2 ekor rm4? tp ikan pekasam ni bole simpan lame2 tak? uma sewa aku dh le xde peti ais, huhu

Askrie Hishamuddin said...

boleh simpan lama-lama la :) nama pun pekasam :)

Eyka said...

sedapp..nak order la nti..:)

Askrie Hishamuddin said...

okay eyka, boleh je. nanti kalau nak order cakap je la :)

Anonymous said...

Minyak utk goreng tu bnyak ke ckit?

nurul azirah said...

uhh sdapnye sis..trliuq tgk..wlau pun simple tp yg simple tulah pmbuka slera..kbetulan de bli pekasam hri tu tp msak g..nt nk.bt la mcm ni gak..