Wednesday, July 13, 2011

Masa untuk berkorban


First week class sangat mencabar. Aku langsung tak boleh nak fokus dalam kelas. Mata mesti nak terpejam je. Mulut pulak tak henti-henti nak menguap. Tapi, asal dah habis kelas je, semangat bukan main lagi. Boleh pulak gelak huhahuha dengan kawan-kawan, menjerit, melompat, dan sebagainya. Ha ha ha.


Antara sebab musabab jadi macam tu ialah aku masih tak bersedia untuk memulakan semester terakhir ini. Ye lah, rasa penat handle Minggu Haluan Siswa hari tu pun belum hilang lagi, terus nak mula sesi belajar pulak. Memang tak la kan. Tambah-tambah lagi semester ni terdapat subjek-subjek yang memerlukan ketahanan minda dan fizikal.

Semester ini aku mengambil ujian MUET. Rasanya rata-rata dah tahu kan apa itu MUET? Seram jugak dibuatnya. Jadi, semester ni aku perlu lebih fokus. Ye lah, tinggal 6 bulan je lagi. Rasanya berbaloi kot kalau 6 bulan ni aku tak enjoy berlebihan sangat. Jadi, aku perlukan nasihat serta doa kalian yang sentiasa menyokong aku. (Ade ke orang yang sentiasa menyokong aku?)

Aku harap semester ini aku dapat bahagikan masa belajar serta berfoya-foya dengan baik. Dah tiga tahun berlalu, aku terlalu banyak menghabiskan masa aku dengan brfoya-foya je. Tak salah kalau semester ni aku korbankan masa berfoya-foya aku dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat. Ha ha ha.

6 comments:

AZRI said...

gudluck bro...

Eyka said...

gudluck asri :)

Unknown said...

all the best..last sem..yg terbaik..

Askrie Hishamuddin said...

thanks azrijohan, eyka and atiqah sa'ahiry for the wish! appreciate it so much!

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

muet mmg seram bro..tp mmg lega kalau dh lepas..gud luck ea..heheck ea..hehe

Askrie Hishamuddin said...

hehe. wish me luck okay!