Assalamualaikum, tak jawab dosa, mati seksa, masuk api neraka, hikhik.
Rasanya dah lama tak update blog ni. Untuk pengetahuan semua, sejak dua menjak ni aku agak busy dengan program di kolej.
Salah satu daripadanya ialah aku adalah merupakan ketua program untuk majlis berbuka puasa bersama rumah anak-anak yatim Nur Kasih Bestari dan Nur Ikhwan. Selaku ketua program memang banyak perkara yang perlu aku selesaikan.
Hari-hari ada meeting. Penat tu memang lah penat. Tapi, memandangkan ini adalah program pertama kelab Business & Marketing yang dianjurkan pada semester ini, jadi aku perlu bekerja keras untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar supaya dapat jadi benchmark untuk program-program anjuran kelab Business & Marketing pada masa akan datang.
Alhamdulillah, program berbuka puasa bersama Rumah Anak-anak yatim Nur Kasih Bestari & Nur Ikhwan berjalan dengan lancar pada khamis yang lalu (11 August 2011). Paling membuatkan aku rasa terharu sekali ialah apabila ramai pelajar, pensyarah serta staff sokongan memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim tersebut.
Jadi, dikesempatan ini aku sebagai ketua program mengucapkan jutaan terima kasih serta penghargaan terutama sekali kepada Board of Director of Business & Marketing Club atas kerjasama yang diberikan serta kerja keras sepanjang memastikan perjalanan program ini berjalan dengan lancar.
p/s : gambar sepanjang program akan diupload pada entri akan datang. Insyaallah.
6 comments:
alhamdulilah..setiap perkara yg baik pasti akan mendapat ganjrnnyer..
insyaallah, amin :)
semoga dipermudahkan urusan
thanks atiqah :)
Salam Askrie...
Mulianya buat majlis untuk anak2 yatim... Moga diberkati selalu... :)
thanks sis nad! :)
Post a Comment