Monday, October 24, 2011

Karnival Nur 2011 hebat! Tahniah diucapkan!

Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan merancang semuanya, akhirnya Karnival Nur 2011 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi. Penat tu memang adat lah kalau handle event-event macam ni. Event besar dari awal pagi sampai tengah malam selama dua hari seramai 102 orang crew memang tak menang tangan sebenarnya. Tapi, disebabkan semangat dan kerjasama yang diberikan oleh kesemua crew, ternyata event ni dapat berjalan dengan lancar. Tahniah aku ucapkan kepada semua crew HND 4 Business (Marketing). Kita dah berjaya buktikan kepada semua yang kita sebenarnya boleh handle event yang besar dengan begitu baik sekali.

Terima kasih jugak aku ucapkan kepada pengunjung-pengunjung yang datang, yang turut terlibat dalam bermacam-macam pertandingan dan sebagainya. Terima kasih jugak kepada Hafiz Hamidun sebab datang dan memeriahkan lagi Karnival Nur 2011 ini. Alhamdulillah, program Bual Bicara Bersama Hafiz Hamidun berjalan dengan lancar. Nervous gila woi nak sambut Hafiz Hamidun, makan, bersembang dengan dia. Alhamdulillah, Hafiz Hamidun pun berpuas hati dengan apa yang crew aku buat. Terima kasih banyak-banyak.

Oh ya, Tahniah jugak diucapkan kepada Kumpulan Nasyid UITM Seri Iskandar kerana memenangi Johan bagi Pertandingan Nasyid antara IPT malam semalam semasa Perasmian Penutup Karnival Nur 2011. Kepada kumpulan nasyid dari UTP, PSAS, PUO, IKM, dan KPM, tahniah jugak dan terima kasih kerana sudi memeriahkan lagi majlis penutup Karnival Nur 2011 malam semalam.

Rasanya setakat ini sahaja entri untuk kali ni. InsyaAllah, gambar akan diupdate dari semasa ke semasa. Gambar-gambar sekitar event masih ditangan photographer.

No comments: