Wednesday, October 19, 2011

2 days more to go!


DEBARAN KIAN TERASA! Alhamdulillah preparation untuk Program Bual Bicara Bersama Hafiz Hamidun Ahad ini 23 Oktober 2011 pada pukul 2-5 petang sudah hampir siap. Cuma tinggal backdrop sahaja yang belum siap. Yang lain Alhamdulillah dah settle, cumanya nak kena follow up dengan Hafiz Hamidun setiap hari sampai hari event tu nanti.

Untuk pengetahuan semua, program Bual Bicara Amal Bersama Hafiz Hamidun ini, saya menjemput pelajar-pelajar Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Bait Al-Amin bagi sama-sama memeriahkan majlis. Selain itu, segala sumbangan yang diberikan pada hari tersebut akan diberikan kepada Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Bait Al-Amin.

Nak tahu apa yang aku rasa sekarang ni?

Sumpah aku rasa macam nak tercabut je jantung ni. Berdebar punya pasal. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan kami semua sepanjang event tersebut itu nanti. Jauhkanlah segala malapetaka.



Selain daripada Program Bual Bicara Amal Bersama Hafiz Hamidun terdapat jugak Forum Perdana yang akan diadakan pada 22 Oktober 2011 pada pukul 8.00 malam di Dataran Kolej Profesional MARA Seri Iskandar yang bertajuk "Mencari Nur Ilmuan"

MODERATOR : Ust. HAMDI RAHMAN B. YAAKOB dari - PUSAT PEMIKIRAN &
KEFAHAMAN ISLAM UITM SRI ISKANDAR
PANEL 1 : DATO' SHEIKH MOHAMMAD NOR B. MANSOR
(PEGAWAI AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK)
PANEL 2 : DATO' SYED OMAR SHARIFUDDIN B. SYED IKHSAN
(KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT
MELAYU PERAK)




Bagi korang yang masih belum mendapat kerja atau yang sedang mencari kerja, jangan risau! Sepanjang dua hari karnival tersebut (22-23 Oktober 2011) ada jugak Karnival Kerjaya yang akan diadakan di Kafeteria, Kolej Profesional MARA, Seri Iskandar kerjasama dari pihak jobsmalaysia. Datang jangan tak datang!



Ada lagi banyak acara menarik sepanjang dua hari tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh "like" fanpage Karnival Nur 2011 di facebook

https://www.facebook.com/pages/Karnival-NUR-2011/208687665864124

Sokongan anda amat kami hargai! Terima kasih!

2 comments:

Aleen Aiden said...

hee,kamu terlibat sebagai ape utk program nih?nway,gudlak! ^_^

Askrie Hishamuddin said...

saya peronal in charge (ketua program) untuk program bual bicara amal bersama Hafiz Hamidun :) thank you!