Monday, October 31, 2011

Selesai jugak puisidra!

Alhamdulillah, dah selesai pun Konvokesyen Perdana KPM Se-Malaysia sabtu lalu, dan aku ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Tahniah kepada graduan-graduan KPM seluruh Malaysia yang baru sahaja berkonvo sabtu lepas. Oh ya, Tahniah Mohd Asri Jusoh dari KPM Indera Mahkota atas kejayaan anda sebagai Pelajar Terbaik. Salute sangat! Seriously you makes me cry.

Dan Alhamdulillah, performance puisidra dapat banyak pujian. Ye, setakat ini aku hanya mendapat pujian, tak ada lagi komen yang teruk yang aku dapat. Alhamdulillah. terharu rasa. Bayangkan, setiap kali rehearsal aku asyik dapat kritikan sahaja daripada lecturer-lecturer. Dan sebenarnya kritikan itulah yang membuatkan aku rasa lebih bersemangat untuk buat yang terbaik pada hari Konvokesyen yang lalu.

Okay, bercerita pasal performance tu, sumpah aku feeling retiss sangat. Punyalah ramai photographer kat bawah pentas tu ambik gambar. Semapt jugak posing. Kau boleh? LOL. Dengan cameraman fokus depan-depan muka aku, okay, ini aku tak suka sebab memang nampak jerawat kat muka aku sebijik-sebijik. Malunyaaaaaaaaa =.=' Satu picc tu nampak jerawat aku. LOL.

Lepas je selesai buat performance, ramai yang pandang. Okay, sumpah segan. Tapi yang paling best tu siap kena tahan dengan seorang pakcik lagi, "Awak ke yang baca puisi tadi" dia tanya. "Yup" aku jawab. "Oh bagus-bagus". LOL. Ini memang kelakar.

Dah la, malas nak tulis panjang-panjang. Nanti korang cakap aku riak pulak. Takpe, nanti kalau aku dapat video performance tu nanti, aku upload kat blog, youtube, facebook bagi semua orang tengok dan nilai sendiri performance aku nanti. LOL. GILA GLAMER!