Tuesday, November 29, 2011

29 November 2010 - 29 November 2011

Buat pengetahuan semua pembaca, tanggal 29 November 2011, genaplah umur blog aku setahun. Serius ke ni? Macam tak percaya je kan?

Entri pertama aku ialah Photoshoot (1) yang aku update pada tanggal 29 November 2010.

Seriously, waktu ni aku tak tahu nak update apa kat blog. Fikir punya fikir punya fikir, tercetuslah idea untuk upload gambar photoshoot aku kat tepi tasik. Motif? Dengan takde bagi salam perkenalannya, terus upload gambar kan? Bajet fames letteww!! (Orang ada blog dia pun nak ada blog, ini lah jadinya)

Macam-macam yang aku dapat dan pelajari selama setahun aku menulis blog ni. Daripada zero. Daripada tak dikenali sampai lah dikenali sekarang ni. (Famous ke?) Daripada member-member aku tak tahu yang aku ada blog sampai lah terkantoi semua member-member aku tahu yang aku ni ada blog rupanya siap jadi pembaca tegar lagi. (Terharunyewww ttitttewwwwww)


First of all, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutama sekali kepada followers blog ini, semua pembaca, kawan-kawan yang mengenali diri ini atas sokongan dan dokongan yang telah diberikan. Tak lupa jugak kepada ibu-bapa saya yang menyokong penglibatan saya dalam menulis blog ini. (amboi, dah macam ucapan menang award gittewwwww)

Sepanjang setahun ni jugak lah aku dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan blogger-blogger yang hot gittewww termasuklah Ben Ashaari, Aziz Hazmi dan lain-lain lagi.

Dikesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada blogger Yazid Torpedo kerana sudi menghadiahkan header yang comel sempena ulang tahun blog Askrie Hishamuddin yang pertama! Thank you Thank you! (terharu tittew taw!)

Kepada pembaca tegar blog saya diluar sana (ada ke?) teruskan menyokong saya dengan membaca setiap entri dalam blog ini. Jangan lupa tinggalkan komen di setiap entri. Jangan lupa jugak like fan page facebook saya.

https://www.facebook.com/pages/Askrie-Hishamuddin/172016612836040

Apa lagi ye aku nak tulis sempena Anniversary blog ni? Jangan risau, aku akan selalu update blog ini supaya korang tak bosan dan jadi tak keruan kalau tak baca blog ini sehari.

Nampaknya macam terlalu banyak pulak aku menulis dalam entri ini. Oleh itu, sekian sahaja daripada saya. Assalamualaikum, tak jawab dosa, mati seksa, masuk api neraka. hikhik.

4 comments:

Unknown said...

nak wish happy anniversary heehe...kita xingat pulak..anniversary blog yang ke berapa..

nice background blog..

Admin said...

wah..selamat ulang tahun blog..hehe..keep updating.. :)

Blackrose's latest entry: Facebook Menjual Maklumat Penggunanya

dear anies said...

tahniah!

Askrie Hishamuddin said...

thanks semua! :)