Saturday, November 26, 2011

Budak-budak zaman sekarang

Dulu umur aku 12 tahun aku tak tahu apa-apa pun pasal internet. Seriously! Bila dah masuk umur 13 tahun baru lah kenal apa itu internet. Nak surf internet pergi cc. Seminggu dua tiga kali je surf internet. Sejam pun rasa macam lama sangat sebab tak tahu nak surf apa kat internet tu. Yang aku tahu cuma copy lyrics lagu paste kat word dan save dalam pendrive. Lepas tu, sampai rumah print lyrics tu. (Itu dia, noob gila aku masa tu). Semata-mata nak cari lirik lagu je sanggup pergi cc. Sejam dua ringgit kalau tak silap.

Tapi sekarang ni, budak-budak umur 12 tahun, jangan kata 1 jam, 12 jam pun belum tentu cukup bagi diorang nak surf internet. Kejap-kejap bukak facebook, lepas tu bukak youtube, lepas tu bukak 4shared nak dowload lagu, lepas tu bukak porn (berdosa tau!) lepas tu update blog.

Update blog? Adik-adik, abang waktu umur 12 tahun tak tahu pun blog tu apa. Abang Askrie pun kenal blog waktu umur abang 16 tahun tau! (Noob gila!)

Kenapa aku cerita pasal budak umur 12 tahun ni? Ya, sebab adik aku yang baru je lepas dapat result UPSR beberapa minggu yang lepas dah pandai berblogging-blogging ni. Amboi adik, advance nya! Mujur lah result UPSR gempak, kalau tak kena salah kan internet la. Mana taknya sebelum UPSR, internet 24 jam. Mujurlah rajin pergi extra class. Tapi jujur aku cakap, adik aku genius. Jadi, parents aku pun tak kisah sangat.

Ni dia haa blog budak umur 12 tahun ni http://mylifejustsimple-farahnami.blogspot.com/. Tengok ni, nama blog dia pun tak rasa macam budak 12 tahun punya blog. Rasa macam budak umur 18 tahun punya blog je. Malu aku dibuatnya. Ye lah, aku umur 20 tahun baru ada blog. Sobs2. Sedih aku.

Korang follow lah blog dia ni. Bagi support sikit.

2 comments:

ijA said...

kita tahu blog ne pun umur 21 kot..

Askrie Hishamuddin said...

tu lah, advance betul budak-budak zaman sekarang ni. risau pulak dibuatnya. huhu