Waktu aku pulang ke kampung tercinta untuk menyambut Hari Raya Haji yang lalu, ayah aku sempat bertanya "Duit nuffnang bulan ni dapat tak?" Namun, dengan hampanya aku menjawab, "Tak pun, jarang update blog la sekarang ni"
Jadi, disebabkan itu aku kena rajin update blog mulai sekarang. Nampaknya ayah aku menyokong aku menulis blog walaupun aku hanya tulis blog sekadar untuk suka-suka.
Dan disebabkan itu jugak aku mengesyaki bahawa ayah aku ada membaca blog aku ni dalam senyap-senyap. "Hai, ayahhhhhhhhhh!!!!" Tapi, mintak-mintaklah dia tak baca dan tak tahu langsung link blog aku ni. Malu weh. Sedangkan kawan-kawan aku sendiri baca blog aku, aku dah rasa macam nak rendam muka aku kat lubang jamban dah disebabkan malu punya pasal, inikan pulak kalau ayah aku yang baca. Rendam muka kat loji terus.
No comments:
Post a Comment