Monday, November 21, 2011

Pengalaman pertama menjadi deejay kenduri kahwin!

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Sekarang ni seperti mana yang kita semua tahu adalah merupakan musim cuti sekolah dan yang paling tepat sekali ialah musim mengawan atau dalam bahasa yang cantik didengar musim berkahwin. Mana-mana tempat mesti ada orang kahwin.

Baru-baru ini jiran sebelah rumah aku kahwin dan buat kali pertamanya aku ditawarkan untuk menjadi deejay pada majlis tersebut. Perghhh. Jadi deejay orang kahwin memang aku dah lama impikan serta idam-idamkan. Selalu kalau pergi majlis kenduri, aku mesti tanamkan dalam diri untuk menjadi seorang deejay yang berbakat. Amboi, ayat over tau mengalahkan A.Samad Said.

Nak kata pengalaman tu, dalam bidang deejay ni adalah sikit-sikit antaranya aku pernah jadi deejay kat Karnival Nur 2011, Karnival Business Environment juga kat kolej masa semester 5 dulu. Itu semua kat kolej la. Pengalaman lain cuma jadi emcee je. Dari darjah 5 aku jadi emcee sampai lah sekarang kalau ada event yang besar-besar kat kolej aku akan jadi emcee. Perghhh, banyak jugak pengalaman aku ni kan?

Sebenarnya tak banyak pun beza antara jadi emcee dan jugak deejay ni. Cuma yang bezanya adalah tugas deejay agak berat sikit sebab deejay tak bergantung pada skrip. Apa yang terlintas kat fikiran kita terus cakap at the same time tugas kita kena hiburkan tetamu yang datang supaya majlis tu tak boring. Pemilihan lagu pun penting supaya tetamu rasa tak rugi datang!

Alhamdulillah, sepanjang aku jadi deejay untuk kenduri kahwin hari tu semuanya berjalan lancar. Cuma, aku tak diberitahu tetamu-tetamu V.I.P yang datang. Jadi, aku tak announce pun nama diorang waktu majlis tersebut. Tapi takpe, boleh dimaafkan kot sebab ni kali pertama aku jadi deejay kenduri kahwin. Nampak macam senang tapi berpeluh jugak la sebab tanpa skrip, nak atur ayat supaya tetamu tak bosan dengan celoteh aku.

Cuma, aku nak sangat jadi deejay dekat kenduri-kenduri kahwin yang lain supaya aku lebih matang dalam bidang ni. Ini minat aku. Bakat aku lebih kepada bidang ini. Mak aku pun bagi sokongan yang sangat-sangat jitu. Siap suruh pergi audition kat radio era lagi. Cuma, ye lah, mungkin aku perlu banyak lagi belajar dan aku pun belum bersedia 100% lagi untuk kembangkan bakat aku ke arah media lagi.

Aku harap korang doakan aku success! Thank you!

2 comments:

Rozuan Ismail said...

wah,boleh jadi dee jay ni

Askrie Hishamuddin said...

hehe. mmg tu pun cita-cita saya!
:)