Wednesday, November 16, 2011

Sikap orang melayu dan dajjal!

Satu sikap orang melayu kita ni mudah sangat percaya dengan khabar angin. Terlalu senang. Contoh yang paling senang kat facebook. Bila dah ada sorang tu post benda-benda yang menakutkan, mula lah orang lain pun nak share benda yang sama. Sekarang ni makin menjadi-jadi pulak macam cendawan tumbuh lepas hujan kata orang.

Ya Allah, bangunlah wahai orang Melayu sekalian. Jangan lah terlalu mudah percaya dengan rumors ni. Dah nama pun rumors. Belum tentu benda tu sahih. Kalau kita sebar benda-benda yang tak betul, apa hukum dia? Memfitnah tu berdosa.

Contohnya macam post cerita pasal "Kabus Berdarah" kat facebook tu. Kononnya dialah dalang yang sebarkan gambar-gambar lucah kat facebook ni. Korang yakin ke dia orangnya? Korang pasti ke yang account facebook tu dia yang punya atau ada orang lain yang hack facebook dia?

Tak payah lah nak sibuk-sibuk share benda yang bukan-bukan kat facebook ni yang belum tentu lagi kesahihan dia. Itu lah, patutlah ada ulamak pernah cakap facebook ni hukumnya haram. Banyak fitnah berlaku kat facebook.

Satu je dalam fikiran aku. Dajjal. Itu je. Tahu kan kenapa aku kaitkan dajjal dengan benda-benda macam ni? Korang ada otak, korang ada akal, korang orang Islam, pandai-pandai lah korang fikir sendiri, muhasabah balik diri kita balik. Betul ke apa yang selama ni kita buat.

Kepada orang-orang yang pernah ter'share' gambar-gambar lucah, post-post lucah, gambar-gambar mengaibkan orang tu, bawak-bawak lah padam semua post-post tu.

4 comments:

Azza Rynna said...

tuh lha dorang ni suke sangad percaya...azza pon mula2 sama gak..baru nak komen maki perempuan tuh...nasib baik x jadik...siannye perempuan tuh dianiaya

Askrie Hishamuddin said...

@azza rynna, betul tu. takpe lah, kita berdoa je lah supaya perempuan tu cpt2 bertaubat dan same goes to us jugak, mintak elakkan daripada terjadi benda2 macam tu kat kita.

TANJUNG RHINOS RC said...

drpd cite lucah, baik cite sukan.. jom jengah http://tanjungrhinos.blogspot.com..

Askrie Hishamuddin said...

Amboi, sempat promote tu! :) Hehe