Saturday, March 3, 2012

Barbeku 2012!

Assalamualaikum!

Okay, semalam hari Jumaat bersamaan dengan 2 March 2012, kitorang mengadakan satu sesi barbeku (BBQ). Saja suka-suka dah lama tak buat aktiviti barbeku ni. Last kitorang gathering ramai-ramai sebelum masing-masing start sambung belajar Diploma dulu, 3 tahun setengah yang lepas. Lama gila kan? Tetiba pulak gedik rasanya nak berbarbeku setelah lama tak berbarbeku. Nak kata dah lama tak jumpa, memang tak lah kan. Hari-hari lepak dengan muka yang sama je. Lagipun dua antara member kitorang iaitu Khairul Najmi dan Effa Dyana akan continue study degree pulok hari ni kat UiTM Shah Alam. Sorang ambik Masscom (Publishing) sorang lagi ambik Fashion Design. Meletop kan?

Okay, tak nak tulis panjang-panjang. Baiklah, kita mulakan dengan gambar sesi bakar-membakar. Okay, jangan tanya kenapa gambar aku takde kat bawah. Tugas aku adalah menjadi pemerhati dari jauh.


Jemput makan uolsss!!!





Haaa. baru ada gambar aku!









Malam tersebut juga kami dihiburkan oleh petikan guitar secara accoustic oleh kembar aku (wah, nak mention jugak ada kembar) Asyraf Hishamuddin dan Apek atau nama Islamnya Ahmad Shahrin. LOL



Style kan? Credit to Khairul Najmi


Akhirnya, ini sahaja yang tinggal! Kenyang habaq hang!


Okay, jadi dikesempatan ini aku ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Faiz Zamri kerana telah sudi menaja lokasi barbeku pada kali ini. LOL!

Orang-orang yang terlibat dalam barbeku di atas ialah Khairul Najmi, Zhafri Zaki, Ahmad Shahrin, Asyraf Hishamuddin, Ikhwan Bob, Faiz Zamri, Effa Dyana, Mastura Ghazali, Aaina Suzana dan aku. Itu sahaja. Tak ramai mana pun. Tapi happening!

All above pictures credit : Khairul Najmi

Sekian.Bye!

2 comments:

NAL said...

wah, dah makan kenyang ada nyanyi2 lak..best!

Askrie Hishamuddin said...

Nal, tau tak pe! seronok sangat! LOL