Friday, May 25, 2012

Blog peribadi vs Blog Informasi

Assalamualaikum!

Disebabkan terdapat segelintir masyarakat (amboi, kemain lagi ayat) tanya aku kenapa buat sampai dua blog. Gila glamer betul! Kau hengat kau siapa? Wah, begitu tajam sekali hinaan itu. Rasa terhiris sekali, jadi aku dengan rasa rendah dirinya ingin menjawab segala persoalan itu dalam entri ini.

Berikutan dengan soalan tersebut, aku akan bagi tiga sebab kenapa aku kemain lagi menerbitkan blog terbaru ala-ala beautifulnara bagai.

1. Blog himynameisasri ini lebih menjurus kepada blog peribadi yang mana cara penulisannya lebih santai dan kadang-kadang agak over dari segi bahasa yang digunakannya. Tapi takde la sampai orang tak faham macam, "hi tawan2 titew adew bwat blog bru, mawilah follow-mollow blog tittewww.ahh ahh ahhh." siap ada sound effect lagi kat penghujung ayat tu. LOL!

Manakala blog beritasesansidansemasa pula cara penulisannya lebih formal. Kalau nak dapat A+ dalam Bahasa Melayu, adik-adik boleh lah baca blog tersebut. Sedikit-sebanyak boleh membantu penulisan adik-adik. Kemain lagi abang Askrie Hishamuddin mengajar adik-adik kan?

2. Tak ramai yang suka baca blog peribadi, (unless kalau kau Siti Nurhaliza, Dato' M.Daud Kilau, Norlia Ghani, Hamid Ghurkha confirm ramai orang akan baca blog kau sebab sah-sah public figure/retisss) Jadi, aku mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah blog berbentuk informasi. Mungkin ramai yang suka baca.

3. Aku tak suka mempercampuradukkan isu semasa dan peribadi dalam satu blog yang sama. Tak ubah macam lembu bercakap dengan kucing. Kejap bunyi "moooo" kejap bunyi "miaw miaw." Kadang-kadang pembaca pun akan keliru. Kejap cerita pasal diri kau, sekejap cerita pasal peperangan di Pakistan, sekejap tulis pasal retiss cerai-berai. Apaaaaaaa ni? Tulis je la pasal diri kau tak payah sibuk-sibuk menyibuk pasal orang lain. Menusuk kalbu tak ayat tersebut?

Boleh dapat A+ tak berdasarkan jawapan kepada soalan di atas?

Sekian.Bye!

2 comments:

Unknown said...

hikhik. PCb dulu pon ada fikir nak bahagikan dua blog.Tapi sah ke dua, satu blog ni pon PCB tak dapat nak handle.


Tapi mmg byk kelebihan sebenarnya kalau ada 2 blog

Askrie Hishamuddin said...

Rozuan, memang payah sikit. Tapi takpe, permulaan mmg macam tu, kalau dah lama nanti baru biasa