Tuesday, May 22, 2012

Blog sensasi dan terkini!

Assalamualaikum!

Untuk pengetahuan korang, aku dengan rasa bangganya mengumumkan bahawa aku telah berjaya menerbitkan sebuah blog berbentuk informasi yang sensasi dan terkini khas untuk korang!

Disebabkan blog ini merupakan personal blog aku yang sekadar menulis tentang diri aku yang tak glamer ini maka aku mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah lagi blog yang memaparkan berita-berita sensasi dan semasa dengan tagline "bukan sekadar copy&paste tetapi turut dinyatakan sumber". Amboi, kemain lagi tagline.

Maklumlah, isu plagariasm ni kan agak sensitive bagi sesetengah pihak. Kena saman naya dibuatnya. Jadi, nyatakan sumber. Bukan susah pun nak nyatakan sumber. Terima kasih kepada para lecturer Kolej Profesional MARA, Seri Iskandar kerana mengajar aku apakah dia erti plagiarism. Maklumlah, aku pernah kantoi plagiat assignment beramai-ramai semasa semester 4 di kolej dulu. Lepas tu terus insaf taknak buat lagi dah.

Jadi, aku harap korang dapat follow blog terbaru aku iaitu BERITA SENSASI DAN SEMASA. Sedih aku tengok follower baru seorang je. LOL

Sekian.Bye!

2 comments:

NAL said...

tahniah..NAL akan terjah :)

Askrie Hishamuddin said...

Thanks for the support Nal :)