Monday, May 14, 2012

Dua bulan je lagi?

Assalamualaikum!

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 5, tak sampai dua bulan lagi bulan 7. Pantas betul masa berlalu kan?

Perasaan aku sekarang ni bercampur gaul. Rasa sedih, gembira, teruja dan sebagainya semua ada. Macam yang semua orang tahu (mungkin jugak ada yang tak tahu) pada 22 July 2012 ini aku akan mendaftar di Universiti Kuala Lumpur (UNiKL). Aku akan further study dalam Bachelor Administration (Hons) In Islamic Finance.

Rasa sedih sebab nak kena tinggalkan family terutama sekali emak. Kalau sebelum ni emak ada arwah ayah, tempat emak mengadu, tempat emak bercerita tapi sekarang arwah ayah sudah tiada sejak bulan 1 hari tu, aku dan kembar aku jadi ganti arwah ayah aku. Sekarang aku akan sambung study, kat siapa pulak emak nak mengadu, nak bercerita. Sedihnyaaaa...

Rasa teruja sebab dapat jumpa balik kawan-kawan aku semasa sama-sama belajar di Kolej Profesional MARA, Seri Iskandar dulu. Mostly, kawan-kawan kolej aku ramai yang sambung degree di UNiKL. Excited sangat tapi most of them dah nak habis semester satu dah. Diorang intake Januari 2012 hari tu. Kalau tak, aku pun sama jugak intake dengan diorang tapi maklumlah rasanya ramai yang dah tahu kot, pada ketika itu arwah ayah aku terlantar sakit di hospital dan takde siapa yang boleh jaga arwah ayah. So, aku terpaksa postpone semester.

Rasa gembira sebab ada jugak kawan-kawan aku yang lain yang turut masuk UNiKL intake July ni tapi in different course. Mostly, kawan-kawan aku ambik Bachelor Administration (Hons) in Management & Entrepreneurship. Whatever it is, still in same University. So, apa ada hal ye dok?

Okay lah, setakat ni je entri ini. Malas nak tulis panjang-panjang. Dah lah tulisan semata-mata takde gambar langsung. Ye dok? Mesti korang boring kan? LOL

Next entry aku akan tulis pasal Cuti 7 bulan. Korang mesti nak tahu kan apa yang aku buat selama 7 bulan ni? LOL! (InsyaAllah kalau aku teringat)

Btw, kalau korang mempunyai account twitter, sila follow aku di twitter https://twitter.com/askrie_hshmddn

Sekian.Bye!

2 comments:

Unknown said...

belajar rajin2 ok. nanti bantu mak

Askrie Hishamuddin said...

Thanks Rozuan. InsyAllah. Amin :)