Saturday, May 12, 2012

Isu hukum menyambut Hari Ibu. Antara Ustaz Azhar Idrus dan Hamka.

Assalamualaikum!

"Haghang sambuk haghi ibu" Ustaz Azhar Idrus. LOL. Jom dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai Hukum menyambut Hari Ibu di video ini.


Okay, dah puas dengar kan? Itu penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus. Terus terang aku cukup mengkagumi Ustaz Azhar Idrus. Tapi, bagi aku takde isu pun mengenai Hari Ibu sebenarnya. Apa kata korang baca pula penjelasan daripada Hamka (keretamayat) mengenai hukum menyambut Hari Ibu menerusi blog beliau.

Aku malas nak letak hokum panjang panjang sebab benda ni simple sahaja, sila guna common sense!

Jawapan aku: apabila benda itu ada kebaikkan, dan kebaikkan itu tidak menjejaskan akidah, tak payah kita nak pening kepala berhujah itu ini begitu begini..

Dulu ada ustaz haram poco poco sebab bila menari terbentuk salib, lepas tu senyap gitu sahaja.., dulu kat terengganu ada ustaz cakap haram cuti hari ahad sebab hari tu orang kristian pergi gereja, kita patut cuti hari jummaat, tapi lepas tu senyap gitu sahaja.., lepas tu haram guna barang yahudi, mari boikot, lepas tu senyap begitu sahaja.., dulu haram bergabung dengan orang kapir, tapi sekarang takpe pula, dulu haram tak tegakkan negara islam, sekarang tukar kepada negara kebajikan kerana negara islam takde dalam Al quran, aduhhh, lepas ni apa pula? hari ibu, haram! Hari pekerja haram! Hari Konvokesyen haram!

Tahu nak haram sajer.., lepas tu bagi hujah “menyerupai” orang kapir..

Setakat nak bagi hukum haram dengan alasan menyerupai orang kapir tak de hebatnya kawan..

Aku pun boleh bagi hukum haram jika nak jadi perasan bagus macam korang:

Contoh: kau tahu tak, menulis ni, dari kiri ke kanan, menyerupai orang kapir, menyerupai tulisan dalam Bible, Sunnah Nabi menulis, kanan ke kiri, jadi korang semua ni haram main FB, main blog, sms dan semua apa ke jadah sebab menulis dari kiri ke kanan menyerupai orang kapir, haram! Jika nak main FB atau sms, kena guna tulisan jawi, baru halal-woha!

Korang nampak tak betapa bodohnya contoh tu di mata korang, ha!!! Samalah kita!

Tapi Hamka, kita kena ingat ibu hari hari, bukan hari ibu sahaja... (nak jugak memang tu!)

Woi, Kau ni sama macam ayah pin, bila ajak solat 5 kali sehari, dia cakap: kita tak boleh solat 5 kali, kita kena solat setiap waktu, pakai niat sahaja! apa ke jadah!

Ok, memang haram ler jika kau ingat mak kau pada hari ibu sahaja, tapi jika korang..Arghh!

Sudah! malas aku nak terangkan serba serbi, menghina kebijaksaan pembaca pulak karang..

Nasihat aku, bila tiba hari ibu nanti, ajaklah ibu korang makan dekat hotel yang ada buat less 50% sempena hari ibu, (bila lagi nak makan murah dekat hotel? Dah ada less 50% sempena hari ibu, waktu nilah kita bahagiakan mak kita dengan bertukar selera di tempat yang mahal tapi murah di hari ibu..betul tak?)


Terus terang, aku lebih bersetuju dan bersependapat dengan Hamka (keretamayat) berbanding dengan Ustaz Azhar Idrus yang cuma tahu haram itu, haram ini, apa sahaja yang ada kaitan dengan kristian, yahudi Laknatullah, semuanya Haram. LOL. Kelakar la. Budak darjah satu pun boleh bagi jawapan macam tu la Ustaz.

Sekian. Bye!

No comments: