Tuesday, May 22, 2012

Kalau dah nama pun Melayu!

Assalamualaikum!

Walaupun arwah atuk aku (sebelah arwah ayah) adalah seorang anak orang cina campur anak siam tapi darah melayu dalam badan aku ni sangat kuat. Kalau dah nama pun orang melayu, sehari kalau tak dapat makan nasi macam sehari tak dapat makanan. Serius.

Malam tadi emak aku masak bihun untuk makan malam. Bukan satu pinggan, bukan dua pinggan, malah berpinggan-pinggan jugak aku melantak bihun masakan emak aku. Maklumlah, air tangan seorang ibu haruslah paling sedap dalam dunia.

Kalau duduk berjauhan dengan emak aku sebulan, haruslah benda yang paling dirindui ialah masakan emak aku. Sampai tidur pun asyik termimpi-mimpikan masakan air tangan emak aku.

Berbalik kepada topik asal iaitu nasi. Sorry, lari topik sikit tadi. Teruja menulis katakan. Walaupun emak aku masak bihun malam tadi, walaupun aku berkali-kali refill bihun. LOL. Tapi entah kenapa aku masih terasa lapar.

Macam biasa, jam menunjukkan 9.00 malam, aku melepak dengan kawan-kawan. Nak tak nak disebabkan terlalu lapar, aku order nasi. Bayangkan, walaupun baru lepas dinner bihun tak sampai sejam yang lalu tapi aku masih terasa lapar. Dapat je makan nasi terus kenyang dibuatnya. Perghh, sampai macam tu sekali.

Entah-entah sebab aku terlalu teruja makan bihun, sampai lupa baca bismillah. Mungkin ianya salah-satu sebab kenapa aku masih kelaparan walaupun berkali-kali tambah bihun.

Sekian.

2 comments:

مرهمه جونايشا said...

setuju sgt..kalau seharI tk dpat nasik..rase nk demam pun ade..hehehe...org melayu dgn nasik..tak dpt dipisahkan... :D

Askrie Hishamuddin said...

Marhamah, betul-betul. hehe