Wednesday, July 18, 2012

How I Step Up With Nuffnang!

Assalamualaikum!

Sejujurnya aku amat meminati flash mob. Flash mob ni bukan sejenis mob lantai ye kawan-kawan sekalian. okay, tak lawak pun. Flash mob yang terbaik yang aku pernah tengok serta tonton ialah semasa Oprah's Kickoff Party. Yang pasti, seramai 21,000 orang telah terlibat dalam menjayakan flash mob tersebut sebagai kezutan kepada Oprah Winfrey! Mampo?


Kebiasaannya sambutan Hari Kemerdekaan negara Malaysia tanah tumpah darahku akan diserikan dengan perarakan kemerdekaan, kereta berhias dan sebagainya. Setiap tahun pertunjukan yang sama je disajikan kepada penduduk Malaysia. Korang tak pernah terfikir benda yang sama macam aku ke? haha

Alangkah bestnya kalau sambutan kemerdekaan tahun ni diserikan dengan pertunjukan flash mob? Dah tentu sambutan kemerdekaan tahun ni lebih meriah dari tahun-tahun sebelumnya. Siapa setuju?

Kat Malaysia ni pun ramai anak-anak muda belia remaja yang minat menari. Buktinya?

Rancangan Showdown 8TV berjaya mendapat perhatian oleh anak-anak muda belia remaja yang sukakan bidang tarian. Tahniah Dem Lepak Boyz kerana memenangi Showdown 2012.

Kat Malaysia ni pun dah banyak pertunjukkan flash mob yang diadakan antaranya BN Youth Music Flash Mob 2012 di The Curve yang di'organize'kan oleh LOULpop flash mob.


How would you organize your flash mob?

Sudah tentu aku akan bekerjasama dengan 8TV sebab seperti yang kita tahu 8TV adalah antara siaran television yang memartabatkan bidang tarian di Malaysia.


Memandangkan 8TV dah banyak melahirkan penari-penari dan kumpulan tarian yang hebat di Malaysia makanya memang takde masalah la nak kumpul peserta-peserta yang berminat untuk menyertai persembahan flash mob Merdeka itu nanti.

Selain daripada peserta Showdown 8TV dan peserta So You Think You Can Dance, kita juga boleh uar-uarkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, kolej serta Universiti yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tarian untuk menyertai flash mob Merdeka ini nanti.

Bayangkan betapa meriahnya persembahan flash mob itu nanti sekiranya kita menggabungkan semua lapisan umur, agama, bangsa dan masyarakat. Sesuai sangatlah dengan konsep 1 Malaysia!


Kan meriah sambutan kemerdekaan negara kita nanti kalau diadakan persembahan flash mob. Takde lah tiap-tiap tahun asyik benda yang sama je yang disajikan kepada penduduk Malaysia seperti perarakan kemerdekaan, pertunjukan kereta berhias dan sebagainya. Negara Malaysia pun dah lebih 50 tahun Merdeka. Apa kata kita lakukan sedikit perubahan dalam sambutan kemerdekaan negara tercinta?

Sekian.Bye!

No comments: