Saturday, July 21, 2012

Lafaz Niat Sebulan & Harian Puasa di bulan Ramadhan

Assalamualaikum!

Memandangkan kita sekarang dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Jadi, elok sangatlah kalau aku nak berkongsi dengan pembaca blog ini mengenai niat dan lafaz sebulan dan harian puasa di bulan Ramadhan. Mana tahu kot-kot dah lupa niat dan lafaz bulan puasa kan hewhewhew.

http://my.digestrr.com/p/7Pde4 

sumber : google images

Kita semua digalakkan untuk berniat berpuasa sebulan di bulan Ramadhan pada malam pertama bulan Ramadhan untuk mengelakkan daripada tidak sah berpuasa kerana terlupa membaca niat pada malam lain. Mana tahu kot-kot terlupa nak bagun sahur ke, busy sangat dengan kerja sampai terlupa sekarang ni bulan Ramadhan ke, jadi seelok-eloknya kita niat sebulan di bulan Ramadhan seperti di atas.

Tapi, kalau puasa dalam bulan Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya.

Jadi, kita hendaklah memperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut.


sumber : google images

Jadi, selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia ini terutama sekali kepada pembaca setia blog Askrie Hishamuddin.

Sekian.Bye!

No comments: