Monday, July 2, 2012

Seronok ke ada kembar?

Assalamualaikum!

Mesti ramai antara kalangan pembaca blog ini yang tak tahu aku ada kembar seiras kan. Bhahaha.. Buat pertama kalinya aku nak introduce kat korang kembar aku yang bernama Asyraf Hishamuddin atau nama panggilan oleh kawan-kawan beliau iaitu Acap. Kalau kat rumah, kitorang panggil dia Along.

Mesti ramai yang nak tahu apa perasaan ada kembar kan?

Usually memang ramai member-member aku suka tanya soalan cliche macam ni yang membuatkan aku rasa nak layan tak nak layan je haha.

Entah lah, aku pun tak tahu macam mana nak menggambarkan perasaan ada kembar ni. Tapi, bagi aku, seronok sangat haha. Sebab kitorang ni boleh dikategorikan sebagai golongan yang istimewa bukan kanak-kanak istimewa no no no.

Secara jujurnya kitorang tak pernah pun menggunakan kelebihan yang kitorang ada ni (muka sama) untuk mengenakan orang. Pernah jugak terlintas nak buat TROLL kat orang, tapi tak sampai hati lah haha.

Selalunya ramai je yang tersilap panggil kitorang. Tapi, aku layankan aje. LOL. Kadang-kadang ada jugak ketikanya aku buat dunno je malas nak layan. Lepas tu, kembar aku la jadi mangsa kena cop sombong sebab tak layan diorang. Padahal diorang tegur aku bukannya kembar aku. Kesian kan? haha

Kalau kitorang jalan berdua je ke mana-mana, ada je orang yang akan menoleh kitorang dua tiga kali. Ada yang siap gosok-gosok mata lagi haha. Kelakar betul! Macam tak pernah nampak kembar je. First time kot nampak kembar live depan mata haha.

Kitorang memang rapat dan sekepala. Tu yang best tu. Ada ke kembar yang tak rapat? Tak pernah jumpa lagi la. Kalau ada sila bagitahu aku. Meh sini aku sekolahkan diorang. Apalah, kongsi satu rahim dengan emak pun tak reti-reti nak rapat haha.


Betapa daku menggagahkan diri untuk upload gambar oldskool ni tahun 1991 kot. kau ado? Kalau korang terror la, korang teka la mana satu aku mana satu kembar aku? haha


Ni pulak gambar selepas 21 tahun. Dah besar dah memasing kan? Tapi maintain comel dan kacak haha. Dan selepas 21 tahun muka kitorang pun dah boleh cam dah mana satu aku mana satu kembar aku.

Tapi, percayalah cakap aku, kalau korang jumpa face to face kadang-kadang korang pun akan terkeliru sebab member aku sendiri yang dah kawan lebih dari 10 tahun pun kadang-kadang tersalah panggil kitorang. Sentap hati aku.

Aku rasa macam entri kali ni panjang sangat la pulak. Kesian korang terpaksa baca entri aku panjang-panjang kan? haha

Sekian.Bye!

4 comments:

NAL said...

NAL tak dapat bygkan ape perasaan kembar2 ni bile usia mereka dah masuk 20-an. Ye la, kalau sorang dah kahwin, sorang masih bujang..mesti yang bujang tu rasa cemburu..

Askrie Hishamuddin said...

Nal, jangan lah cakap macam tu. haha. Bab2 kahwin ni yang tak suka dengar ni haha

aNereO UsitHe said...

bestnye ad kembar...t'ingin dpt baby kembar :)

Askrie Hishamuddin said...

Hehe. Mmg seronok :) ngee