Saturday, September 15, 2012

The team : Sanggar Emas

Assalamualaikum!

Nampaknya dah berakhir segala show-show Sanggar Emas untuk bulan September. Betapa leganya rasa di hati ini. Bermula dengan show IEF di Hotel Sri Pacific pada 4 September 2012, diikuti dengan show Hari Raya MARA di KKTM Beranang pada 11 September 2012 dan berakhir dengan show Rumah Terbuka UniKL City Campus pada 13 September 2012. Sekarang ni baru boleh tarik nafas lega-selega-leganya sebab dah takde training. lolz.

Tapi, terus-terang aku sangat-sangat merindui training menari ramai-ramai kat lobi UniKL City Campus sambil diperhatikan orang yang lalu-lalang dan sebagainya. Ada yang teruja, ada yang terkesima, tak kurang jugak ada yang mengeji dan menghina. Peduli apa? lolz






The best moment yang paling aku tak boleh lupa sepanjang hayatku sepanjang aku bersama dengan team Sanggar Emas sudah tentu "Surprise Birthday" yang dilakukan kat aku. Pergghhhhh.. Sentap hati mak nokk korang buat macam tu. Takku sangka tak kuduga bak kata Apit. Even kitorang baru je kenal sebulan tapi kitorang punya hubungan dah macam adik-beradik.




Terharu sangat woiiiiiiii!!!!!!

To all Sanggar Emas team yang sedang membaca entri ini, AKU SAYANGGGGG KORANGGGG WOIIII!!!! RINDU SANGAT-SANGAT!!

Okay lah, setakat ni je entri kali ini, nanti ada masa aku update lagi untuk korang pembaca setia ku.

Sekian.Bye!

8 comments:

han said...

wow ! best kek :D :D :D

Askrie Hishamuddin said...

Budakkoko : sedap gilaaaaa :) heee~~

Unknown said...

terus je rase lapar. adoh...

Askrie Hishamuddin said...

Ahmad Zarif : haha. mesti tergoda dengan pizza hut tu kan? grrrr

Anonymous said...

report A

http://mybloggersociety.blogspot.com

Ibu Aqmar said...

memang terharu klau ade org ingat kite..tp utk org ingat kite..selalu2lah ingat org kan...

lama dah tak menari ni..cam syiok je. time muda remaja dolu2 ade gak join...la ni, tak do dah..huhu

Askrie Hishamuddin said...

Sanji Ngatmi :)

Askrie Hishamuddin said...

AkmaFaizal InsyaAllah :)