Monday, August 19, 2013

15 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai PROTON!

Baru-baru ini, sebuah artikel berbahasa Inggeris mengenai PROTON telah pun menjadi viral dan dikongsi oleh banyak pihak. Bersempena dengan pelancaran model Proton Suprima S, kami alihbahasakan artikel tersebut untuk tatapan anda. Inilah 15 perkara yang anda perlu tahu mengenai PROTON.
 

1. Proton melepasi ujian cuaca panas dan sejuk yang ekstrem di padang pasir Oman dan Kutub Utara dan Selatan!

 2. Kilang Proton yang terletak di Tanjung Malim digelar “kilang paling canggih untuk kereta moden” di dalam rancangan ‘How Do They Do It?” di siaran Discovery Channel

 3. Hanya Proton merupakan syarikat pengeluar kereta di ASEAN yang melepasi ujian ANCAP Australia dengan 5-bintang.

 4. Buat masa sekarang, terdapat pemilik kereta Proton di 25 negara seluruh dunia.

5. Mesir mempunyai kelab peminat Proton Persona terbesar.

6. Miss Universe Australia 2013 merupakan duta produk untuk Proton.

7. Dalam bulan Julai 2013, Proton mencipta sejarah dengan mencatatkan masa terpantas dalam perlumbaan “Malaysia Touring Car Class” (MTC) dengan catatan masa di bawah 2:39 minit mengatasi Mazda. 

8. Proton merupakan satu-satunya pasukan yang memenangi 7 gelaran anugerah dalam setahun di Kejohanan Rali Asia Pasifik.

 9. Selain Lexus Is-F Cruiser, Proton Impian (Waja) digunakan oleh Polis UK di Humberside.

10. Proton menggunakan pelbagai teknologi dari LOTUS. Kesemua model terbaru Proton mengunakan teknologi kejuruteraan dan kawalan Lotud (Lotus engineering and handling).

11. Proton merupakan satu-satunya syarikat pengeluar kereta yang mereka bentuk, membangunkan dan membina sepenuhnya kereta mereka di negara Islam, Malaysia!

12. Harga sesebuah kereta Proton diseluruh dunia ditentukan dari cukai import kenderaan di negara masing-masing.

13. Proton merupakan satu-satunya pasukan yang memenangi tempat pertama dan kedua didalam perlumbaan 1000km Endurance Race 2012.

14. Proton menggunakan teknologi “Hot Press Forming” dari Jerman yang mana meningkatkan 3 kali ganda kekuatan struktur kereta.

15. Enjin Turbo Proton (205 Nm tork) mampu memecut dari 0-100 km/h kurang dari 10 saat.

sumber:  http://www.arenakereta.com/2013/08/19/15-perkara-yang-anda-perlu-tahu-tentang-proton/
 

2 comments:

Chot said...

Menarik.

Unknown said...

Menarik jugak info ni..
Xdek ler truk sgt proton..