Monday, January 10, 2011

AJL25 Review - Stacy (Kebetulan atau Disengajakan?)

Baiklah, semalam teka-teki siapakah Juara Lagu 25 sudahpun terjawab. Nampaknya rezeki kali ini berpihak kepada Ana Raffali, tolong ingatkan aku. Tahniah diucapkan. Aku pun dah review pasal AJL25 pada entry yang lepas.

Untuk entry kali ini jugak aku akan review sedikit pasal AJL25 ni, tapi kali ini more focus on Stacy dengan lagu Jahat. Jahatnya kamu, jahatnya kamu!! Wah, terlebih sudeyhhh...

Mungkin ada yang perasan atau mungkin ada yang tak perasan tentang persembahan Stacy malam semalam melalui lagu Jahat. Memandangkan aku ni seorang yang global, jadi aku dengar semua lagu-lagu kat dalam dunia ni termasuklah tamil, hindustan, korea, jepun, termasuklah omputeh.

Tak nak menulis dengan panjang lebar, aku go straight to the point, pasal persembahan Stacy semalam. Tak dapat dinafikan persembahan Stacy merupakan persembahan yang aku nanti-nantikan setiap kali AJL berlangsung. Kerana setiap kali persembahan Stacy ternyata persembahan beliau begitu energetic dan sangat kreatif. Tetapi ternyata penantian aku pada AJL25 kali ini sia-sia.


Stacy -Jahat AJL25

Pertama sekali, nampaknya Stacy tak banyak menari kali ini macam AJL yang sebelum-sebelumnya, mungkin Stacy lebih focus on her vocal agaknya. Tapi itu x menjadi masalah bagi aku sebab persembahan Stacy semalam dimeriahkan lagi dengan penari-penari latar beliau. Cuma yang dikesalkan adalah step-step tarian Stacy dengan lagu Jahat semalam ternyata saling tak tumpah dengan step-step tarian dalam persembahan Cheryl Cole lagu Fight for this love ( Martial Arts Remix) . Tak percaya? boleh tengok ni


Cheryl Cole - Fight For this Love ( Martial Arts Remix)

Okay, nak story sikit macam mana aku boleh perasan benda ni? Okay, serious i told you yang aku ni adalah antara peminat number 1 Cheryl Cole. Setiap persembahan beliau, semua aku tengok. Kalau tak dapat tengok live on tv aku akan cari kat youtube terutama sekali lagu Fight for this love sebab lagu ni merupakan salah satu lagu feveret aku daripada Cheryl Cole.

Tak sangka pulak step-step tarian lagu Jahat ketika AJL25 ni sama dengan step dalam lagu Fight For this Love, Cheryl Cole. Oh damnnn, But, whatever it is, good effort buat Stacy. Tapi aku takde la sampai nak tuduh Stacy just copy & paste step-step dalam tarian tersebut sebabnya tak semua step Stacy ambik bulat-bulat dan mungkin juga ia satu kebetulan yang memang tidak disengajakan. who knows?

8 comments:

cik.shabah said...

phew!siriyes cik shabah pun minat gilos kat si cheryl ni!

p/s : lagu baru dia yang parachute tu pun sedappp gak kan?

Askrie Hishamuddin said...

@cik.shabah , waaa.. sama la kita. yupp, sedap lagu tu.. :)

Mat Sabu said...

heeee..xleh komen sebab xtgok..

Askrie Hishamuddin said...

daus; kan ade video tu, tengok lahhh :) hehe

areripe said...

memang uviversal la hang.
cikgu tari akademi fantasia pun mungkin tak detect lagi.

Askrie Hishamuddin said...

areripe; haha.. teliti kan aku? perasan jap! HAHA..

FarhanaFabulous said...

following yaww !

Askrie Hishamuddin said...

farhana; awriteee :)