Saturday, January 22, 2011

Makan sambil berkaraoke!

Malam tadi aku bersama kawan-kawan yang lain makan di TBob corner dekat area Tronoh. Berdepan dengan UTP. Kalau makan kat sini, tak sah kalau tak karaoke 2,3 lagu. Aktiviti wajib tu. Kalau tak me'nyumbang'kan suara kat T'Bob Corner mulalah jadi Gelisah alah resah, Rindu diamuk sakit rindu, Mengenang alah kenang, Junjungan kalbu, Hibur alah tuan, Nak berhibur lagu rindu, Rindu merindu.. Amboi, over kejap. Eh, korang penah dengar tak lagu tu? Lagu rindu-merindu Fauziah Idris.



Class kau maria! HAHA. Okay, lupakan pasal Fauziah Idris. Semalam aku sempat nyanyi 3 buah lagu. Meletop bukan? Ingat nak nyanyi 10 lagu terus. Memandangkan masa yang diperuntukkan pun sikit, jadi terpaksalah mengehadkan jumlah lagu untuk dipersembahkan.

Oh, sebelum tu, aku rasa popular sungguh apabila Abang Bob tauke kedai tu merangkap abang deejay membuat pengumuman rasmi gitew. Class kau maria! Kau hade? Dia siap umumkan "Selamat datang kepada Askrie dan rakan-rakan" lagi. Haruslah famous kejap. Satu kedai tercari-cari siapakah gerangan insan terpilih tu. Ikutkan hati nak je aku naik atas pentas tu bagi ucapan sepatah dua kata. Tapi memandangkan aku masih mempunyai kemaluan jadi aku menjaga kemaluan aku itu sebaik-baiknya. Okay, aku dah start merepek. Salahkan emosi aku.


Makanan kat T'Bob Corner memang sedap-sedap cuma customer yang datang tu bermasalah dari segi mental dan fizikal. Begitu juga dengan rohani dan jasmani diorang. Takde adab langsung! Keje-sekeji kejinya. Jangan nak sorak sangat lah, tau lah suara aku sedap kan!!!

*Maaf, tiada gambar di dalam entry kali ni, tak sempat nak bergambar. Eh, bukan tak sempat tapi tak bawak camera. Sedih kan? Video pun tak record. Masing-masing sibuk fokus kat skrin karaoke.

4 comments:

Mat Sabu said...

x tercekik ker ko hahaha

Askrie Hishamuddin said...

@daus, haha. alhamdulillah, setakat ni belum tercekik lagi la. sbb semua yang karaoke suara sedap-sedap belaka especially aku lah! HAHAHA

Mat Sabu said...

still xleh lawan aku hahaa

Askrie Hishamuddin said...

@daus, ye ke? okay! nti ade mase kita karok sama2!! HAHA :) kita challenge nak! haha