Saturday, January 29, 2011

They Influenced Me a Lot!

sumber : google images

sumber: google images

Setiap orang pastinya mempunyai idola masing-masing kan? Bagi mereka yang meminati bola sepak, idola diorang mestilah pemain bola sepak, kalau minat diorang lebih cenderung kepada hiburan pulak, mestilah artis yang menjadi idola diorang.

Tapi bagi aku pulak, oleh kerana minat aku sekarang ini lebih cenderung kepada blogging, makanya idola aku haruslah dari kalangan blogger. Tapi bukan seorang je idola aku dalam bidang ini tau, ramai sebenarnya.

Antara idola aku dalam dunia blogging ini adalah merupakan Hanis Zalikha dan juga Ben Ashaari. Ya, dua nama yang tidak asing lagi dalam dunia blog ni. Tanya je siapa-siapa yang sudah lama berkecimpung di dunia blog ni mahupun yang baru sahaja berkecimpung dalam dunia blog ini, pasti diorang akan kenal dengan dua nama besar ini.

Mereka merupakan sumber inspirasi aku sebenarnya dalam menulis blog ini. Aku mula-mula menulis blog secara serius ini pada hujung tahun lepas, awal bulan Disember 2010 selepas aku membaca blog Hanis Zalikha yang bertajuk Allah Maha Pemalu. Ya, itu adalah merupakan entry pertama Hanis Zalikha yang aku baca. Sebenarnya aku pun baru je kenal Hanis Zalikha ini pada hujung tahun lepas, kira baru je lagi. HEHE.

Begitu jugak dengan Ben Ashaari. Tapi aku berapa ingat la pulak entry first Ben Ashaari yang aku baca. HEHE =.= Tapi aku tersangat terhutang budi dengan Ben Ashaari sebab dialah orang pertama yang menaikkan traffic blog aku ini. Tak sangka Ben Ashaari promote blog aku di dalam blog beliau. Itulah kali pertama aku rasa cuak sebab tiba-tiba traffic blog mendadak naik. HAHA =.=

Selain daripada dua nama besar ini aku jugak sukakan blog mari merepek. Aku sukakan cara penyampaian serta penulisan blogger ini yang sangat jujur. Nampak keikhlasan dari segi penulisan beliau. Tapi sayang, blogger ini hanya dikenali sebagai theblabber. Kalau theblabber baca entry aku ini, aku cuma nak cakap, i really adored your blog! Serious!

8 comments:

shaffique said...

hanis zalikha makin lawa, ben ashaari makin tough. haha.


My latest entry : Gadis China - Sebelum Dan Selepas Make Up

Askrie Hishamuddin said...

@shaffique, thanks for reading!! yeaaahhhh!!

theblabber said...

oh thank you. very much appreciated :)

Askrie Hishamuddin said...

@theblabber, ur most welcome!! i really adored you! Seriously!

Chooyaya! said...

i pon adore theblabber. yang lain tak.

Askrie Hishamuddin said...

@chooyaya!, kita geng!!! hehe

Azza Azman said...

hai... saya suka ben dgn fatin. diorang best...

Alif Haris said...

hehe beben memang terbaik :)

hanis zalikha tu pn best .. blogger cun hehe :D