Thursday, February 10, 2011

Don't be ignorant!!!

Sebenarnya dah lama dah aku nak tulis entry pasal orang-orang yang ignorance ni. Tapi, bila nak tulis je entry pasal ni, tup tup idea lain pulak yang keluar, terpaksa dahulukan idea itu dahulu. Tiba-tiba hari ni pulak aku rasa terpanggil untuk menulis pasal benda ni. Dapat hidayah dari Allah kot. Alhamdulillah.

Korang ingat tak lagi kes pasal seorang remaja perempuan yang pegang khinzir atau dalam bahasa sopan dipanggil babi yang pernah menjadi 'isu' suatu ketika dahulu? Kalau tak pernah tahu dan tak pernah ambik tahu sila google sendiri! Popular kejap awek tu.


Gambar kat atas ni aku ambik dari formspring aku. Ada orang tanya soalan 'killer' ni kat aku secara tiba-tiba dan tidak sengaja. Malangnya hanya dikenali sebagai anonymous sahaja. Aku pun tak tahu apa motif si penanya soalan ini sebenarnya. Nak perli aku ke apa? Takpe, sikit pun tak kisah.


sumber: OHBULAN!

Baiklah, gambar kat atas ni menunjukkan Akma Hisyam, (siapa dia ni?) sedang memeluk hanjeng atau dalam bahasa jinaknya ialah anjing. Dan kat bawah ni pulak antara komen yang diberikan oleh salah seorang pembaca.

sumber: OHBULAN!

Jap, aku nak tanya sikit, belajar agama ke tak? Amboi, soalan pedas betul. Sentap hati mak nak! Okay, untuk pengetahuan dorayaki (nama tak glamour langsung!) pegang anjing atau babi tidak haram dan tak salah sama sekali. Yang haram adalah memakan daging babi atau anjing. Kalau cuma pegang sahaja boleh, tapi kena samak. In this case, Akma Hisyam tak berdosa pun dia nak pegang anjing tu, tapi beliau kena samak selepas itu. (tapi tak tahu la kan, sama ada beliau samak ke tak selepas bergambar mesra dengan anjing tersebut, itu antara dia dengan Allah).

Berbalik kepada kes awek pegang babi yang pernah menjadi isu suatu ketika dahulu tu, kenapa sampai jadi isu? Siap masuk newspaper bagai? Kenapa artis perempuan dan lelaki yang bukan muhrim bergambar pegang tangan, peluk-peluk tak pernah jadi isu pun sedangkan pegang tangan dengan bukan muhrim merupakan satu dosa dan haram sama sekali dalam Islam. Mana boleh samak pun. Sebaliknya, peminat serta orang media boleh pulak terima alasan cliche setiap artis, kami cuma bergambar mengikut kehendak photographer bla bla bla. Tak masuk akal langsung.

Inilah orang melayu kita (sorry, I have to be racist here) gajah depan mata tak nampak, kuman yang diseberang laut nampak pulak?

Jadi, kesimpulannya di sini biar tak pandai, jangan nak memandai. Get my point?

Wallahualam

9 comments:

Unknown said...

btul gak eh...aku pun penah tgk gmbr2 diorang... rilek je pegang

@cik_ezati said...

hahaha suke statement baru tu *biar tak pandai, jangan nak memandai* weeee XD

Askrie Hishamuddin said...

@kodet, tu lah pasal, haishh :)

@zati, hahaha.. kan?

ch!natsu said...

nice.. hope diorg yg membaca trsedar n buka mata.. =)

Unknown said...

yeah i got your point. :)

Askrie Hishamuddin said...

@chinatsu, hope so la

@ungu, yeaaaahh, thanks! hhaa

Fuz said...

memang tak salah tapi personally bagi aku, tak payah la kita buat benda yang boleh dtgkan fitnah ataupun buruk sangka selagi kita boleh elak untuk tak membuatnya.

Askrie Hishamuddin said...

@peminat katie holmes, betul tu, tapi orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata menampakkan ignorance kita. *peribahasa sendiri

nmS said...

http://hembusan.blogspot.com/2007/08/hukum-pegang-juga-peluk-babi-anjing.html

=)