Thursday, March 17, 2011

Bencana Alam dan Kiamat

Aku bukanlah orang alim yang layak untuk sentuh pasal bab ilmu keagamaan ni. Tapi, tak salah rasanya kalau aku ingin berkongsi tentang apa yang aku dapat.

Ye lah, masing-masing sibuk bercerita pasal tsunami, gempa bumi, kesan radiasi serta nuklear di Jepun. Tapi, dalam masa yang sama pernah tak kita terpikir bahawa kita sekarang ini hidup di akhir zaman?

Berkenaan dengan bencana alam yang terjadi di negara Jepun baru-baru ini, bukan sahaja Allah ingin menunjukkan kekuasaan-Nya, malah Allah juga ingin mengingatkan kita bahawa kehidupan kita di dunia ini yang bakal berakhir.

Seperti yang kita semua sedia maklum, antara tanda-tanda awal kiamat ialah, wafatnya Rasulullah s.a.w. Ini bermakna, kiamat memang sudah hampir dengan kita semua.

Aku harap video yang aku kongsikan ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita semua.


sumber: youtube

Dalam video tersebut ada menyebut tentang tanda-tanda kiamat termasuklah bencana alam yang kian menjadi-jadi sekarang ini. Semoga video tersebut dapat menyedarkan kita semua. Masih belum terlambat untuk kita semua bertaubat. InsyaAllah.


Wallahualam

3 comments:

syi mehdi said...

menakutkan :(

Dda Ly said...

setuju sangat..dah nampak banyak tanda²nya kan..

meh ke rumah..
~a week already~
keep in touch ye..♥♥♥

Askrie Hishamuddin said...

@syi mehdi, tau takpe

@Dda Ly, betul tu ;)