Wednesday, May 4, 2011

Tutorial pemasangan unit iklan nuffnang di dalam blog

Disini terdapat sedikit tutorial untuk memasukkan unit iklan Nuffnang di dalam blog korang.

Terdapat 3 bahagian didalam blog korang yang mana unit-unit iklan Nuffnang ini dimasukkan.

1. Bahagian Header
2. Bahagian di antara Post / Comment
3. Bahagian Side bar


Langkah 1: Log masuk ke Nuffnang



Langkah 2: Click Add Ads seperti di dalam gambar


Copy script yang diberikan di dalam akaun ahli nuffnang korang, setiap ahli Nuffnang yang berdaftar mempunyai script yang berbeza. Selepas script di copy buka blog korang untuk paste semula script tadi. Pastikan korang copy script dengan betul. Macam mana? Macam ni laaaa......



Memasang Unit Iklan Nuffnang ke dalam blog Blogspot

Langkah 1: Log masuk ke akaun Blogger korang

Log masuk ke dalam akaun Blogger korang di http://www.blogger.com/start. Jika korang masih belum mendaftar akaun, sila klik pada pautan pendaftaran Register dalam halaman yang sama dan sila ikut arahan yang dipaparkan bagi mencipta akaun baru korang.



Langkah 2: Masuk ke halaman Layout

Setelah korang log masuk, korang akan dibawa ke halaman Dashboard. Korang akan dapat melihat senarai blog yang korang telah reka di bawah bahagian 'Manage Your Blogs'. Klik pada pautan 'Layout' di bawah blog yang korang ingin memasang unit iklan Nuffnang.



Klik pada pautan 'Edit HTML' untuk mengubah template blog tersebut.



Langkah 3: Memasang unit iklan Nuffnang

Sila ikut arahan di bawah bagi memasang setiap unit iklan Nuffnang di dalam template blog korang. Sebelum bermula, sila pastikan opsyen pilihan 'Expand Widget Templates' telah ditandakan:


Memasang Unit Iklan Leaderboard:-

Salin kod bagi unit iklan Leaderboard daripada halaman 'Add Ad' Nuffnang dan tampal di dalam kawasan teks sebaik selepas tag .



Memasang Unit Iklan Skyscraper:-

Salin kod bagi unit iklan Skyscraper daripada halaman 'Add Ad' Nuffnang dan tampal di dalam kawasan teks seperti yang ditunjukkan dalam imej



Memasang Unit Iklan Large Rectangle:-

Salin kod bagi unit iklan Large Rectangle daripada halaman 'Add Ad' Nuffnang dan tampal di dalam kawasan teks seperti yang ditunjukkan dalam imej berikut.


Setelah siap, klik pada butang 'Save Template' bagi mengemaskini template blog korang.

p/s: Sekiranya korang ingin melihat previu template yang telah diubah, korang boleh klik pada butang 'Preview'. Sila ambil perhatian yang korang akan dapat melihat mesej ralat di dalam unit iklan Nuffnang dan ini adalah selamat untuk dibiarkan. Mesej ralat tersebut tidak akan dipaparkan setelah korang mengemaskini template korang.


Credit : Tutorial sepanjang zaman

2 comments:

Biha Petom said...

thanx for sharing this asri, hehe... let me finish segala mcm asmnt tu dulu then baru aku tempek bebanyak nufnang sume tu kat blog aku, :D

Askrie Hishamuddin said...

haha. ur most welcome dear!