Monday, May 23, 2011

Menonton filem terbaru secara online!

Assalamualaikum, tak jawab dosa, mati seksa, masuk api neraka, hikhik. Sebenarnya dah lama dah aku nak update entri pasal ni. Tapi, memandangkan sejak kebelakangan ini idea aku begitu mencurah-curah ke ladang gandum jadi aku terpaksa hold dulu entri ni dalam draft untuk sekian lamanya.

Tapi, sekarang dah publish. Hehe. Sebelum aku menulis entri ini dengan panjang lebar lagi, mari sini aku ceritakan dahulu kronologi bagaimana orang menonton filem.


Mula-mula sebelum internet berkembang pesat, orang hanya menonton filem terbaru dengan membeli DVD sahaja. Itu pun nak kena tunggu sampai dua tiga bulan baru DVD filem paling latest keluar. Lama kan nak kena tunggu filem baru keluar?

Lepas tu timbul pulak isu DVD cetak rompak, cepat sikit keluar dari DVD original, tapi, kualiti filem tak payah nak cakap lah kan memang sangat mengecewakan. Tiba-tiba ada pelakon tambahan menyelit dalam filem tu. Ye lah, mana taknya tiba-tiba nampak kepala orang berjalan keluar pergi toilet, tiba-tiba nampak pasangan tengah syok bercium dalam panggung. Macam-macam.


Sekarang ni orang dah tak beli DVD dah, yang mana rumah yang ada DVD player tu semua campak kat tong sampah. Yang baling kat kepala anjing pun ada. Ambek kau! Ganas-ganas orang Malaysia ni.

Zaman dah berubah, sekarang orang boleh download je filem-filem latest kat dalam internet. Ada banyak website yang boleh download movie ni. Type je kat search engine "download movie free" macam tu, berlambak keluar. Tapi, aku selalu download movie kat syok.org je.


Tapi kalau nak download movie memang memerlukan tahap kesabaran yang sangat utuh dan paling maksima, sebab memakan masa sampai berjam-jam, malah ada jugak sampai makan masa seminggu semata-mata untuk download movie sahaja. Sanggup? Memang tak la!

Akibatnya, orang lebih sanggup tengok movie-movie yang latest kat youtube je. Tapi, kalau tengok kat youtube, filem tersebut dibahagikan mengikut part by part. Kalau filem tu berdurasi selama dua jam, ambik kau, sampai 15 part. Nak kena tunggu video loading dulu. Dah makan masa kat situ.


Tapi, sekarang ni korang boleh tengok movie yang latest-latest tanpa perlu download movie tersebut terlebih dahulu ataupun tengok movie tersebut part by part di youtube dah. Terbaru, Korang boleh tengok whole movie secara online dengan kelajuan loading yang sangat cepat. I tell you! Di mana lagi kalau bukan di


RADIO GEMPAK!


Serius, ianya sangat gempak. Menerusi radio gempak, korang tak perlu bersusah-susah untuk tunggu seharian depan laptop untuk download movie kemudian nak kena extract dan macam-macam lagi. Korang jugak tak payah susah-susah bukak banyak tab kat internet sambil tunggu movie tersebut loading kat youtube. Korang jugak boleh kurangkan dosa korang mencarut-carut dalam hati sebab nak kena tunggu lama.

Pilih je mana-mana movie yang korang nak tengok kat radio gempak ni, dan tontonlah dengan tenang dan penuh bergaya tanpa perlu menanti. Ya, penantian merupakan satu penyiksaan!


10 comments:

ėŠė€ ė†Œë…„ said...

owh no! mcm x pcye jew... scha da klik daa n da dpt tgk filem yg scha nk tengok! gempak hbes.. kna promote entry nie kt blog.. boley ea?

Askrie Hishamuddin said...

schasya, boleh boleh, backlink kan okay? :)

Biha Petom said...

hehe..ah sang pn ade bgi aq link ke radiogmpk ni...dh 7 movie aq tgok, haha ;)

Askrie Hishamuddin said...

biha, amboi, advance nye ko, sampai 7 movie. aku baru tengok 3 movie kat radio gempak ni. hahaha..

Biha Petom said...

nak buat camne..umah sewa xde tv, haha..plus hdup kt si yg mmbosankan ni mndorong aq tgok movie je la.. :D

Askrie Hishamuddin said...

biha, tahu tak pe. sama la kita. aku sepanjang hari karoke je kat rumah ni. bosan ya-rabbi

admin said...

Thanks Askrie Hishamuddin...
Sebab tolong promote...
Nice Blog...
BlogWalking -RADIOGEMPAK-

Askrie Hishamuddin said...

ur most welcome! ;)
thanks also for your compliment!
really appreciate it!

TikahSyah said...

kat radio gempak tu x der sub ker??

Askrie Hishamuddin said...

tikahsyah, itu kena tanya pada admin lah. saya just promote je :)