Assalamualaikum, tak jawab dosa, mati seksa, masuk api neraka, hikhik. Aku rasa ini adalah masa yang sesuai untuk melakukan pembaharuan di dalam blog ini. Antara pembaharuan yang aku akan buat dalam blog ini ialah
1. Segmen sekali sebulan. Pada bulan April yang lepas, aku menganjurkan segmen join bloglist pilihan Askrie Hishamuddin, pada bulan May ini pulak aku anjurkan segmen join bloglist pilihan (wanita) Askrie Hishamuddin, manakala pada bulan Jun nanti pulak aku akan menganjurkan segmen yang baru pulak. Nak tahu segmen apa pulak selepas ini? Kena lah tunggu! Sentiasa peka dengan blog ini ya!
Tujuan aku menganjurkan segmen-segmen setiap bulan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan blogger serta untuk menggalakkan budaya saing secara sihat dikalangan blogger.
2. Tazkirah setiap hari Jumaat. Aku lihat kebanyakkan blogger hanya memandang enteng terhadap hal keagamaan ini. Alasan kerana "jahil agama", "masih tak cukup ilmu di dada" dan sebagainya. Tak semestinya disebabkan kita ni jahil agama kita tak ada hak untuk menulis serta berkongsi artikel tentang ilmu keagamaan di dalam blog.
Sekadar mengambil mana-mana artikel yang bagus untuk dikongsi bersama pembaca dan pastikan kita give back link / references kat artikel yang korang ambik tu. Macam buat assignment la. Daripada kita menulis benda-benda yang lagha, yang menjatuhkan aib orang, menyebarkan fitnah yang boleh mendatangkan dosa lebih baik kita kongsi ilmu keagamaan dengan pembaca. InsyaAllah kita akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
InsyaAllah, sekiranya tidak ada aral melintang, tazkirah pada setiap hari Jumaat akan bermula pada minggu hadapan.
Jadi, apa pandangan / pendapat korang tentang pembaharuan yang bakal dilakukan oleh Askrie Hishamuddin ini?
7 comments:
bagus asri..keep it up! aq pn kena alert la dgn semgen yg ko buat nnti, huhu
wah!boleh sukses ni.ada planning yang bagus
bijak2~ hee:)
teruskan usaha.. yehaa!!
^^
thanks guys for ur support! ;)
sokong kanda huhuhuhu yeahhhhhhhhh
thanks dinda!
Post a Comment