Monday, May 30, 2011

Sabor je laaa!!!

Pertama sekali aku nak menyusun dua puluh jari tangan termasuk kaki aku memohon maaf kepada semua pembaca blog ini. Buat masa ini aku akan jarang update blog macam biasa. Nak kata busy waktu cuti ni tak jugak. Punyalah banyak masa terluang untuk dihabiskan. Tapi, memandangkan ayah aku dengan penuh rasa baik hati terminated wi-fi kat rumah ni, jadi aku terpaksa merana buat seketika waktu. Seketika waktu? Memang tak la, sebulan kot aku cuti semester! Memang jadi orang bodoh la aku kat rumah ni.

Ala, apa susah, cc kan berlambak! Memang tak la aku nak pergi cc. Penuh dengan budak-budak main counter-strike, dota, warcraft ape lancau semua kat sana. Tiba-tiba aku nak update blog pulak kat cc tu. Tak tenang jiwa aku. Nak update blog sangat memerlukan suasana yang hening dan tenang. Ini pun aku update guna broadband maxis adik aku. Punyalah lembab! Jenuh nak kena refresh berpuluh kali baru boleh update.

Lagi satu, kat area taman perumahan aku ni punyalah banyak jiran tetangga pasang wi-fi, tapi, semua kedekut tahap taik hidung masin belaka. Tak payah lah buat password. Buat la amal kebajikan sikit kat jiran tetangga. Geram mata aku tengok wireless network kat laptop aku ni. Kalau lah aku seorang hackers, dah lama aku hack sorang-sorang. Tapi, mujurlah Tuhan tak bagi kelebihan tu kat aku.

Haish, sabor je laaaaaaa..

p/s : Join la segmen sempena cuti sekolah tu!

2 comments:

peNulis SeNjA said...

sob sob huhuhuhuhu kesian kanda

Askrie Hishamuddin said...

tahu tak pe :( *sigh