Susulan daripada kes Adinda Evans yang meletup-letup sebelum ini, aku nak ulas sikit pasal tabiat blogger yang suka main taram je menulis tanpa berfikir kesan-kesan yang akan berlaku dalam masa yang panjang. Kalau kita tengok kes Adinda Evans baru-baru ini, kita boleh dapat agak bahawa beliau menulis entri tersebut semasa emosi dia terganggu gara-gara dicabar oleh bekas teman lelakinya.
Baiklah, kita tutup kes pasal dia. Sekarang aku nak nasihat kepada rakan-rakan blogger yang lain. Jadikan kes Adinda Evans tu sebagai pengajaran. Jangan kita sesekali menulis benda yang boleh menjatuhkan maruah kita. Walaupun kita fikir benda macam tu takde apa-apa pun bagi kita, tapi kita kena fikir macam mana pulak penerimaan orang terhadap apa yang kita tulis. Sensitiviti rakyat Malaysia kita kena jaga.
Seelok-eloknya jangan menulis tergopoh-gapah dan terus publish entri tersebut. Sebelum publish tengok dulu bahasa yang kita guna, ayat yang kita pakai, bersesuaian atau pun tidak. Check balik mana-mana ayat yang tak patut ditulis; padamkan, yang mana patut ditulis; kekalkan. Kalau kita menulis blog semasa emosi kita terganggu itu yang akan jadi macam-macam kes sebelum ni.
Ketuk ketak papan keyboard tu terus publish. Bila dah jadi macam tu, kita dah tak boleh buat apa-apa dah. Memang boleh je kita padam entri tersebut tapi mana tahu sebelum kita delete entri tersebut dah ada orang print screen entri tersebut dan sebarkan kat orang ramai pulak. Ini yang terjadi.
Jadi, sila elakkan daripada menulis blog ketika emosi terganggu. Seelok-eloknya, tenangkan dulu fikiran sehingga mood kita benar-benar okay. Kalau dah rasa mood kita okay, baru mula menulis. Kalau kita menulis semasa emosi sedang terganggu, macam-macam benda yang kita akan tulis sama ada kita sedar ataupun tidak. Assalamualaikum
4 comments:
hahaha betul2, tp kalau tulis emosi sedang menjiwang2 pn susa, habis panjang lebar,org yg nk baca pn mengeluh nti, heheheheh
kalau mood jiwang-jiwang tu kena tulis novel la :)
btol tuh. ikutkan hati mati jadinya nnti :)
tahu tak pe ayu :)
Post a Comment