Thursday, July 14, 2011

Kena reject!


Tadi merupakan kelas pertama untuk subjek Sales Planning and Operation. Seperti yang semua sudah sedia maklum, kami perlu menjual produk dan memperoleh keuntungan sebanyak RM3000. Dan seperti yang semua sudah sedia maklum jugak, aku menjual ikan pekasam.


Unfortunately, En Hisham (lecturer yang mengajar subjek SPO) rejected ikan pekasam. Aku pun sebenarnya dah agak dah benda ni akan jadi sebab susah sebenarnya nak achieve RM3000 dengan hanya menjual ikan pekasam semata-mata. Bayangkan kalau sepacket baru RM4.00. Kalau aku berjaya jual 2000 packet pun belum tentu dapat achieve RM3000 dalam masa dua bulan.

Jadi, aku perlukan idea korang produk apa yang sesuai dijual untuk memperoleh keuntungan RM3000 dalam masa dua bulan ni. Aku dah kering idea sangat ni. Oh ya, sebelum terlupa aku berterima kasih sangat kepada classmates aku yang beria-ia menolong aku mencari idea produk apa yang harus aku jual dan tak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada aku. Aku kira beruntung dan bertuah kerana mempunyai classmates macam korang.

Ringan sama dipikul, berat sama dijinjing. Tuhan saja yang dapat membalas jasa baik kalian.

2 comments:

Eyka said...

aduss..asal tak boleh? sabar je laa asri..huhu..:(

#eyka rase kalau jual makanan lain ok kot..try tau asri..jgn cepat mengalah ! vote 4 asri! yeah!haha:)

Askrie Hishamuddin said...

sebab terlalu murah la eyka, en Hisyam nak produk yang dijual RM20.00 ke atas. Memang susah sikit la.

Tapi bisnes tetap berjalan