Tuesday, October 18, 2011

Ya, Allah itu maha Mengetahui lagi maha Adil!


Setiap kali kalau aku ditimpa musibah atau masalah, satu benda je yang aku kena ingat, Allah tak akan uji hambaNya melebihi daripada kemampuan hambaNya. Jadi, aku tahu yang aku boleh tangani semua masalah itu sendiri tanpa melakukan perkara-perkara bodoh. Sebab Allah tu Maha Mengetahui lagi maha Adil. Dia tahu tahap kemampuan aku. Dia takkan uji aku melebihi daripada kemampuan aku.

Kalau nak dibandingkan dengan musibah yang ditimpa oleh orang lain, rasanya orang lain lebih teruk ujian yang Allah bagi. Sekurang-kurangnya bila aku ditimpa musibah ni, aku akan lebih dekat dengan Dia. Ya Allah, kuatkanlah iman aku. Jauhkan aku daripada melakukan perkara-perkara yang Engkau laknat.

p/s : Terima kasih kepada semua yang memberikan nasihat, sokongan, dorongan. Aku hargai sangat-sangat. Sekurang-kurangnya kata-kata semangat daripada korang tu membuatkan aku lebih tabah dan kuat untuk menghadapi semua musibah yang menimpa diri aku dan keluarga aku. To my dad, i hope you will get well soon. I MISS YOU SO MUCH!

5 comments:

Addin said...

tu semua dugaan :) yang pasti ada hikmah-Nya satu hari nanti. banyak banyak kan berdoa ye .

Askrie Hishamuddin said...

terima kasih Addin

KhaiRin said...

betul tu! setiap ujian pastinya tidak akan melangkaui kemampuan seorg hamba.

seperkara yg sy pegang, setiap kesusahan / ujian pasti ada jln keluar. sbb ini adalah janji allah (peringatan untuk diri sendiri juga)

semoga anda, sy dan semua yg berhadapan dgn ujian akn menjadi insan yg lebih tabah dan kuat. amin

Eyka said...

betul dan allah syg akan hambanya yg sabar :)

Askrie Hishamuddin said...

terima kasih semua atas nasihat serta dorongan yang diberikan :)