Assalamualaikum!
Dah lama tak update pasal aktiviti harian aku kat blog ni. Maklumlah, hidup aku sejak kebelakangan ni agak membosankan. Hari-hari buat aktiviti yang sama je. Bangun pagi, kemas rumah, menghadap facebook, update blog, lepak minum, tidur. See, tak mencabar langsung kan rutin harian aku! Tapi, minggu lepas aku ada buat satu aktiviti yang agak meransang segala otot-otot serta abdomen-abdomen bersama sahabat karib dunia akhirat aku iaitu Jannah dan jugak Effa Dyana.
Mula-mula kami mandi-manda di Lata Kekabu. Walaupun ada ura-ura serta desas-desus mengatakan air sungai tersebut tak boleh mandi sebab ada virus air kencing tikus tapi kami tak peduli, gasak jugak pergi mandi. Tawakal saja kepada Allah yang Maha Esa. Oh ya, malas nak upload gambar mandi kat Lata Kekabu ni. Motif sangat kan nak upload. Ingat model majalah Mangga ke apa nak upload gambar masa tengah mandi?
Lepas puas mandi-manda bersuka-ria bagai kat Lata Kekabu, kitorang dengan penuh excitednya menuju ke Tasik Raban untuk berkayak. Cuma RM6 je setengah jam. Agak penat jugak lah berkayak kan. Habis sengal-sengal semua tulang-temulang tangan aku ni. Tough jugak kejap. Dua hari lenguh-lenguh tangan ni.
Dah la, malas nak cerita panjang lebar. Nah, korang tatap lah gambar-gambar kat bawah ni puas-puas.
Sekian.Bye!
2 comments:
best kowt..nice pose..haha
Tahu takpe. Best sangat! Thank you Nal. Hehe
Post a Comment