Monday, February 27, 2012

Jom terjah blog diorang! #2

Assalamualaikum.

Mula-mula aku ingatkan cuma ada dua blogger saja yang sudi join segmen "Blogwalking & Promote" ni tapi rupa-rupanya ada beberapa lagi blogger yang sudi join segmen ni. Terima kasih daun keladi. Terharu rasanya. Oh ya, aku sekarang ni sedang mengalami selesema dan batuk. Seriously, aku paling menyampah bila hidung tersumbat. Nak tidur memang cukup susah. Nak mengiring tak kena, nak baring tak kena, nak meniarap lagi la tak kena.

Kali ni aku nak review empat blog sekali gus. Jom kita terjah!

Blog pertama yang aku nak review kali ni ialah blog Pak Cek Biola. Sepanjang aku menulis blog ni, Pak Cek Biola ni adalah salah seorang "pengomen" (commentator) tegar blog aku. Terima kasih daun keladi. Setiap entri aku dalam blog ni ada je komen dari beliau. Blog Pak Cek Biola ni sangat simple dan kemas. Nak tahu lebih lanjut lagi tentang blogger ini di sini. http://kringg.blogspot.com/

Blog kedua pula milik Yumida. Blog santai-santai jak katanyaaaa. Blog ini bertemakan warna pink. Kalau dah pink tu confirmlah pemilik blognya seorang gadis. Ye dok? Blogger ni rajin jugak join segmen-segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger lain. Susah nak jumpa blogger tegar macam Yumida ni. Nak tahu lebih lanjut lagi tentang blog ini layari http://umikasum.blogspot.com/

Blog ketiga pula adalah Purple blog atau dalam bahasa ibundanya blog ungu. Memang penggemar warna purple katanya. Tengok blog pun dah tahu serba ungu. Cuma, terlampau banyak sangat advertisement la. Namun demikian, terdapat banyak informasi berguna dalam blog ini. Kalau korang merupakan peminat drama Vanila Coklat pasti korang suka sebab korang boleh download drama tersebut di sini http://sayagilerpurple.blogspot.com/

Blog keempat pula milik Chepi Firdaus. Kalau nak tahu Chepi Firdaus ni berasal dari Kelate. Satu negeri dengan Pak Cek Biola. Kalau tengok header blog Chepi Firdaus ni memang nampak beliau ni sangat minat dengan sukan bola sepak. Blog Chepi Firdaus jugak simple dan menarik. Lebih lanjut lagi mengenai blog Chepi Firdaus di sini http://chepifirdaus.blogspot.com/

Korang pun nak blog korang di'review'? Jangan malu-malu, jom lah sertai segmen INI. Jom lah berkongsi link blog korang dengan aku. Dah lama tak blogwalking blog-blog orang ni.

Sekian.Bye!


2 comments:

Rozuan Ismail said...

TQ askrie.. tgk entri tbaru wan,wan ada invite blogger yg usha lisa surihani utk join segmen ni.huhu

Askrie Hishamuddin said...

Rozuan Ismail, welcome. :) ye ke? hehe.