Thursday, February 23, 2012

WOW! Klip video Sesaat Kau datang menampilkan gadis-gadis cantik bertudung!

Assalamualaikum!

Selalunya video klip artis-artis Malaysia banyak menampilkan gadis-gadis seksi yang berlakon dalam video klip sesebuah lagu. Tapi, klip video Sesaat kau datang nyanyian Kak Melah (Ramlah Ram) featuring Sleeq menampilkan gadis-gadis cantik manis yang bertudung. Hampir 99% gadis yang muncul dalam video klip ini memakai tudung. Sejuk hati tengok video klip ni. Kurang sikit dosa berbanding tengok video klip artis lain yang sering menampilkan gadis seksi sebagai umpan.


Sedikit trivia mengenai klip video ini : Video yang anda lihat ini adalah video real yang terjadi di Lokasi terutama babak Hujan & ribut di awal lokasi di mana keadaan bunga berselerakkan... Hujan yang lebat menyebabkan Sam Kuman (Music Video Director) terpaksa mengubah storey line yg bersesuaian.. Apapun RRG ucapkan tahniah pada semua pelakon , penyanyi & model-model yang terlibat serta krew-krew yg menunjukkan kesunguhan untuk menjayakan MV ini walaupun dalam keadaan hujan sekalipun.. (sumber: ramlahramgroup)

Sekalung ucapan Tahniah diucapkan kepada producer dan crew klip video ini!

p/s: Siapa kata gadis menutup aurat tak layak berada dalam klip video? KLIK SINI!!

Sekian.Bye!

No comments: