Tuesday, March 20, 2012

Ingin iklankan produk/business anda di blog ini? Anda tentukan harga.

Assalamualaikum!



Amboi, bukan main panjang lagi tajuk entri kali ni. Maaflah ye, aku ni tak berapa nak reti sangat tulis tajuk entri. Maklumlah, Bahasa Melayu SPM dapat B3 je. Tu sebab ayat-ayat aku berterabur. Oh ye, sebelum tu budak-budak lepasan SPM wajib baca ni. Kemana hala tuju anda selepas SPM? KLIK SINI!!!

Ramai jugak yang bertanya serta berminat untuk mengiklankan produk serta business masing-masing dalam blog ini. Teruja rasanya. Kadang-kadang feeling macam blog ni ala-ala blog Hanis Zalikha, Fatin Liyana gitteww semua berebut-rebut nak iklankan produk serta business diorang kat dalam blog ni. Berangan!

Cuma, yang menjadi permasalahannya sekarang ini aku tak berani nak meletakkan harga kepada yang berminat untuk mengiklankan produk serta business diorang di sini. Ada jugak aku bertanya blogger-blogger yang agak otai dalam blogging ni macam Ammar Yasir. Ammar Yasir mencadangkan aku meletakkan harga sebanyak RM50-RM100. Amboi, terbeliak bijik mata aku tengok harga yang Ammar Yasir suggest. Sama jugak la dengan one of friends of mine suggest letak harga RM100. Rasa macam melampau gittewww. Followers pun tak seberapa ada hati nak letak harga tinggi. (bermonolog pada diri sendiri)

So, ada cadangan lain daripada korang? Dah buntu kepala ni memikirkan benda alah ni. Letak harga mahal sangat nanti langsung takde siapa yang berminat nak iklankan product serta business diorang ka sini. Sedihnyaaaa memikirkan nasib yang menimpa diri ini.
Sekian.Bye!



No comments: