Monday, March 5, 2012

Tukar status facebook kita!

Assalamualaikum!

Setiap status yang kita tulis di facebook sebenarnya menggambarkan siapa diri kita yang sebenar. Melalui status kat facebook sahaja orang boleh label kita macam-macam. Jadi, sekali-sekala cuba elakkan daripada tulis status merapu kat facebook. Lebih-lebih lagi kalau marah, benci, bengang dekat seseorang, cuba elakkan daripada luahkannya di facebook. Seriously, memang orang malas nak komen tapi dibelakang kita orang akan mengata kita macam-macam.

Apa kata mulai saat ini kita tukar habit kita yang suka meluahkan segala perasaan kat status facebook. Banyak quotes yang bagus-bagus yang kita boleh tulis di status facebook. Kan lebih manis kalau kita tulis status-status motivasi. Secara tak langsung dalam pada masa yang sama kita boleh memotivasikan diri kita jugak kan. Contohnya macam ni:

Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? - Benjamin Franklin

Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.

Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah - Ali imran : 159

Seandainya anda mengalami kemurungan, mengadulah kepada yang Maha Esa, Dia maha mendengar dan maha mengetahui.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain.

Islam is not about 'we're better than you'. Islam is about 'let me show you something that is better for you'.


Sekian.Bye!

4 comments:

NAL said...

deal..sekarang ni byk sgt org yang meluahkan apa2 saja kat fb, dari status pun kita dah boleh tahu org tu mcm mana..

Askrie Hishamuddin said...

Nal, betul tu. So, let's change our habit from now on. :)

.........cP~ said...

Salam.

Betul jugak. Lebih2 lagi yang suka cakap bahasa kesat. Sangat rasa tertekan sebanarnya. Nak tegur pun, dah kena warning awal2. Nak removw memang kawan. Perangai dengan kita baik aje. Haish.

Askrie Hishamuddin said...

cP, betul tu. Kadang-kadang rasa serba salah pun ada :)