Monday, May 7, 2012

refresh memory hang pa sat!

Assalamualaikum!

Nampaknya ini adalah merupakan entri pertama aku untuk bulan Mei setelah seminggu aku tak update blog. Sebenarnya tak ada apa pun nak diupdate dalam entri kali ini. Aku cuma nak bagitahu yang aku masih aktif berblogging gittew. Cuma, disebabkan masalah-masalah tertentu (refer pada entri sebelum ini) menyebabkan aku tak update blog buat sekian lamanya. (Tak lama mana pun sebenarnya)

Kebelakangan ini banyak pulak isu-isu menarik yang terjadi di Malaysia ni kan? Saja nak refresh memory korang sikit sebab dah lama tak update blog ni.

Bermula dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang tak berapa nak bersih bagi aku. Perhimpunan yang aman sangat (tangan di dada, mata naik ke atas). Diikuti pulak dengan koleksi gambar-gambar jelik Azmin Ali di sebuah hotel. Macam-macam la dunia politik sekarang. Masing-masing dengan cara masing-masing. Mana satu betul, mana satu yang salah pun aku tak tahu.

Selang beberapa hari pulak lepas tu, Bob Kuman meninggal dunia. Innalillah. Semoga Allah merahmati arwah. Mujur berita ini sahih. You know what I mean. Diikuti pulak dengan pernikahan SchAwal yang kononnya nak siarkan secara LIVE kat Astro Ria & Astro Awani tapi non-hadaaa.. Astro ni suka propa tau! By the way, Tahniah diucapkan kepada kedua-duanya, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

Okay, ada lagi tak hot-hot story yang aku tertinggal? LOL

Sekian.Bye!

3 comments:

NAL said...

dah refresh pun skrg.. :)

eLLa n aLia said...

yg pnting kita rkan2 blogger kena spakat.. n ikhlas b'blog.. so, xlah trcmar sngt otak..

Askrie Hishamuddin said...

Nal, bagus :)

ella n alia, yup. absolutely True!